Untuk yang bertanyakan pendapat samada Mesir atau IPT lain, saya teringat ketika masih lagi dilema yang sama.
Time STAM, saya dapat tawaran ke UM, uni impian saya. Tapi saya tolak kerana merasakan STAM juga penting dan kalau sudah masuk UM, tak dapat nak teruskan STAM. Jadi saya terus tolak dengan harapan kalau saya cemerlang STAM, saya akan apply lagi.
Alhamdulillah keputusan STAM pun okay, tapi selepas saya apply, apa yang diharapkan pun juga tak dapat sedangkan hampir 4 pilihan kos saya letak di UM sahaja. Saya dapat kos fatwa di USIM. Setelah istikharah dan berbincang pensyarah di USIM (Dr.Soberi Awang, Prof. Irwan Subri) melalui FB, saya teruskan sambung di Al-Azhar.
Hati saya dah mula menyesal dan hancur, saya mula menyalahkan diri kerana bertangguh berfikir tentang IPT yang dipilih dan tidak membuat pilihan secara matang ketika menolak UM. Usaha saya dalam istikharah ketika itu sangat sedikit, itu juga saya kesalkan. Saya cuba pergi ke Universiti Malaya untuk menanyakan boleh ke pindah kredit Azhar ke UM, tetap tidak dapat.
Saya berdoa dan istikharah, untuk kuatkan hati semasa belajar di sini. Hati begitu lemah untuk teruskan di Mesir. Terus terang, belajar di Mesir bukan minat saya. Ketika itu saya harapkan belajar selain Mesir seperti Madinah. Asalkan bukan mesir. Daripada tidak terlintas langsung belajar di sini Allah swt tetap ingin memberi rezeki kepada Ukail bin ahmad sanif untuk datang belajar di sini. Nikmat yang wajib disyukuri.
Lama kelamaan Allah swt membuka hati saya untuk tetap duduk di Mesir dan tersimpan seribu hikmah yang tidak terjangka untuk saya, hati saya lama kelamaan mula menerima belajar di sini.
Saya buat perbandingan silibus pelajaran syariah Al-Azhar dengan beberapa uni terkemuka seperti UM, UIA, USIM dan Universiti Madinah ! Silibus Al-Azhar lebih baik, advance dan lebih mencabar dari univerisiti lain. Ini antara hikmah yang saya jumpa.
Antara justifikasi saya kenapa tetap memilih Al-Azhar berbanding IPTA adalah bagi saya, jikalau ingin menjadi 'orang besar' dalam bidang agama. Kita tetap perlu ada pengalaman belajar di tanah arab seperti Mesir walaupun hati berkata enggan.
Saya selalu doa agar Allah swt 'terima' pengorbanan 'perasaan' saya untuk belajar di sini demi bercita ingin jadi orang yang mampu memberi seculit manfaat dalam agama dan dunia. Itu sahaja.
"Sometimes we have to make decision what we 'have' to do rather than we 'want' to do"
Tapi atas kebesaran dan pemurah Allah swt, Allah gantikan pengorbanan perasaan tidak suka Mesir terus menjadikan saya seronok mempelajari Al-Azhar !
Saya tidak mampu gambarkan keseronokan saya ketika mendengar syarahan pensyarah2 Al-Azhar. Saya rasakan pengorbanan untuk datang di sini tidak sia-sia. Saya tidak pernah rasakan keseronokan belajar seperti di Al-Azhar sebelum ni.
Sebab itu saya tekad untuk hadir ke kelas melainkan ada keuzuran.
Hati saya begitu asyik sehinggakan kelas di universiti dan luar kelas saya ikuti dari pagi sehingga malam. Tidak langsung jemu.
Aturan Allah swt begitu cantik, rupanya Allah swt mendengar dan gantikan dengan perkara yang lebih baik.
Di sini Allah swt memberi saya nikmat memahami bahasa arab dan meneroka kitab-kitab di sini. Saya rasa itu antara nikmat terbesar yang saya dapat di sini. Oleh kerana Azhar menjadi hub dunia Islam dalam penulisan, maka buku di sini murah untuk didapati dan lebih murah dibeli berbanding Malaysia. Tajuk buku di sini lebih matang dan ilmiah jikalau dibandingkan dengan buku trend 'cinta' tak berkesudahan yang menjadi lambakan pasaran buku di Malaysia.
Mudah cerita, jalan yang saya pilih walaupun tidak boleh terima pada awalnya. Boleh jadi itulah keputusan terbaik untuk saya selagi ia dipilih berdasarkan hujjah walaupun pada mulanya tidak suka. Tinggal hikmah di sebalik pilihan yang perlu dicari.
Sebenarnya saya cuba beberapa kali ingin lari dari Mesir, tapi perancangan Allah swt meletakkan satu-satu pilihan-Nya dan mengalihkan perancangan saya teruskan belajar di sini. Kalau nak pilih tempat malah pernah dapat tawaran biasiswa dari sesebuah universiti tapi takdir Allah swt lebih hebat kerana ada sahaja yang tidak kena dan akhirnya dikekalkan untuk belajar di sini.
Anda cuba bayangkan, daripada penyesalan perlahan-lahan ia tukar kepada kekaguman. Anda hidup bagai bermimpi, begitu mudah Allah swt menukarkan hati kepada cinta. Rasa bagai di awangan, dapat belajar duduk sama kerusi, bangunan. Jalan-jalan yang dilalui oleh ramai orang besar kenamaan dan pejuang hebat terdahulu yang melakar sejarah dunia seperti Salahuddin ayubi, Imam Syafi'i, Hasan Al-Banna, Al-Qardhawi. Saya dalam 'perjalanan yang sama' untuk menjadi seperti mereka !
Nikmat mana lagi yang ingin saya dustakan. Perancangan mana yang lebih baik dari Allah swt takdirkan.
Persoalannya, nak pilih pilihan bagaimana ?
Senaraikan pro dan cons pilihan yang ada lalu istikharah dan doa sebanyak mungkin. Solat sebanyak mungkin. Jumpa alumni universiti untuk ambil nasihat sebanyak boleh.
Akhir sekali, bila sudah lakukan keputusan. Terimalah 'baik' dan 'buruk' keputusan yang sudah dibuat. Bertanggungjawab dan berani apa yang kita pilih dan menerima untuk tanggung. Lalu bertawakkal kepada Allah swt.
Sekadar itu cerita dan nasihat al-faqir, moga anda dapat memilih keputusan yang terbaik. Itu doa saya :)
Al-Azhar atau belajar Malaysia je ? Which is better ? 🤔
by Haiqal sanif, March 21, 2020
Add your comment