Perjalanan 2019 semakin hampir menutup
tirai, kita tidak selamanya muda. Tapi apakah keringat kita berbaloi dengan usia kita ?
Tarikan mengejar jawatan, publisiti sangat mengiurkan. Ada yang benar-benar ingin menggunakan wasail media sebagai medium penyampaian. Cuma apa yang disampaikan timbal baliknya berat lagi ingin memikul bebanan kata-kata yang dicurahkan kepada masyarakat.
Diuji dengan wanita, sedangkan jodoh itu benar-benar diatur Allah dan mengejar jawatan setinggi-tingginya boleh juga melupakan ia hanyalah tanggungjawab untuk berkhidmat kepada mahasiswa dan siswi sekalian
Umur yang kian menjejak 23, patutnya memikirkan apakah bakti yang sudah ditunaikan kepada masyarakat. Masa sudahpun memamah usia. Perlu cepat memberi manfaat kepada orang lain sebelum ajal memanggil.
Peranan pelajar Azhari lepasan Mesir, bagi saya sangat menakutkan kerana tanggungjawab memikul bebanan memahamkan masyarakat lebih merisaukan.
Jikalau diri kita lepasan agama itu rosak, apatah lagi masyarakatnya. Apa lagi yang ingin diharapkan melainkan dari diri kita sendiri ?
Disebalik peperiksaan, seharusnya kita juga memikirkan lebih besar dari itu. Apakah sudah kita bersedia dan merancang perjalanan hidup kita dengan tujuan yang bermakna ?
Belajar agama jadi pensyarah, ahli politik, penasihat kewangan syariah yang memberi gaji lumayan. Kerjaya yang sangat-sangat baik. Tapi takut jikalau tersalah niat, adakah ia benar-benar untuk menyampaikan amanah ilmu atau hanya untuk manfaat diri sendiri sahaja ?
Mendapat kereta besar, rumah besar, bahagiakan keluarga SAHAJA. Adakah ia benar-benar puas dalam tujuan hidup kita ?
Bukankah Syed Qutb pernah mengingatkan hakikat tujuan kita, orang berjiwa besar matinya untuk manusia amnya. Manakala orang yang berjiwa kecil hidupnya untuk diri sendiri.
Walaupun setinggi mana pangkat akademiknya, pelbagai phd, mumtaz semua pelajaran. Tapi jikalau keringat hanya demi cukup makan mandiri, tidak ada pun kehebatan kita malah segelumit dalam sejarah orang bijak dan hebat dunia setanding Imam Hasan Al-Banna, Imam Syafi'i, Al-Ghazali dan Ibnu Firnas.
Apa yang ingin saya sampaikan adalah tahun baru ini masanya telah pun tiba untuk kita benar-benar merancang masa depan dan cita-cita. Malah jikalau sudahpun ada, lebih baik kita mengkritik cita-cita kita sendiri sehingga benar-benar murni agar tidak terpengaruh dengan niat sia-sia menatijahkan amalan kita bertahun juga sia-sia. Tidak boleh mengatakan, aku tidak tahu apa yang kita nak lepas ini. Jangan balas lagi 'aku tidak tahu'. Seolah budak kecil yang tidak tahu apa yang dibuat selepas ini.
Setiap awal tahun sebaiknya menilai kembali dan muhasabah sebanyak mana list target kita tahun ini. Sebaiknya pada awal tahun, mulalah dengan perkara baik. Itu sahaja ingin disampaikan.
Saya juga ingin meminta doa peperiksaan bakal berlangsung ini pada awal januari 6/1/2020. Bukannya ingin terlalu over hype sangat dengan peperiksaan Azhar. Cuma uniknya Azhar adalah dia mempengaruhi umur kita, jikalau gagal (bawah 50) maka kita perlu ulang tahun lagi dalam pengajian di sini. Dia main mental dan memerlukan kesabaran tinggi. Oleh itu, doakan saya kawan-kawan.
Seyogianya, berharap kawan-kawan lain mendoakan saya untuk cemerlang peperiksaan ini yang saya benar-benar niat bahawa peperiksaan ini untuk umat dan mengharumkan nama negara, Islam dan diri serta keluarga.
Yang Benar
Ukail sanif
Add your comment