Apa yang disebut oleh Tun M hanya ulangan apa yang disebut oleh kolonial dahulu.

Jangan melihat ekonomi Melayu pada 19++ sahaja. Kena lihat sejarah kita dari zaman Melaka lagi untuk cari punca malasnya Melayu ini

Adillah terhadap bangsa sendiri dalam menilai siapa yang malas dan rajin.

Asalnya kita dahulu bangsa pedagang, bangsa pelayar antarabangsa. Kita dulu mencipta peluang ekonomi, bukan hanya jadi pakturut. Tapi semenjak penjajahan portugis dll kemudian british, sosioekonomi kita berubah 360 darjah.

Kita tidak menjadi buruh British kerana prinsip dan sebab. Tapi kenapa Melayu dipanggil pemalas oleh penjajah kolonial ?

Penjajah kolonial memanggil Melayu pemalas kerana orang Melayu ketika itu diarah untuk jadi buruh kasar yg tidak setimpal dngn hasil kerja mereka malah pekerjaan buruh perlombongan timah ini bahaya dan berisiko tinggi.

Kolonial menetapkan daripada kerja sehari sebanyak 8 jam tapi dipaksa sehingga 16 jam sehari. Malah gaji pula selalunya tidak dibayar dan berbulan tangguh dan apatahlagi ingin diberi gaji OT. Kos rawatan dan pampasan pekerja pun tidak diberi malah banyak kes buruh mati hasil penyakit merebak dan kemalangan yang sering berlaku

Mereka kata Melayu ini pemalas. Tapi logiknya jikalau kita di tempat Orang Melayu ketika itu, buat apa kita ingin menyerahkan nyawa kita hanya semata nak ikut kata mereka sedangkan kita tahu mereka akan zalimi kita ?

Kita boleh dikatakan tidak bijak untuk buat benda susah dan bahaya tapi tidak dibayar harga setimpal ? Siapa yang nak ?

Jikalau Tun masih menyalahkan Melayu ini pemalas. tambahlah lagi bahawa Melayu ni suka sangat salahkan diri sendiri dan bangsanya tapi dengan bangsa lain agung-agungkan pula.

Kita tidak perlu asyik rendahkan diri dan bangsa kita sangat. Melayu sekarang banyak sahaja yang rajin dan berjaya. Cuma kita cuai dan masih dlm pemikiran 'kolonial' untuk iktiraf dan lihat sendiri kejayaan anak bangsa kita.

Melayu bukan pemalas !

Boleh rujuk dan baca lebih lanjut 'Mitos Pribumi malas, Syed Hussin Al-Attas' dan 'Mukaddimah Perjuangan Melayu, IRIS institute' untuk faham lebih terperinci.


SHARE 0 comments

Add your comment

© Ukail Sanif · THEME BY WATDESIGNEXPRESS