Untuk 10-15 orang makan
1.5kg-2 kg spaghetti
Kuah
Bawang merah 1 biji
Bawang putih 1 biji (lagi banyak lagi bagus)
Tomato 1.5 kg
Tomato puree (mesir guna tomato salsa sepeket cukup)
Cili kering 10 tangkai + 4 cili merah
Kiub pati daging 3 biji
Meatball 1kg
Daging kisar 350 gram (lagi banyak lagi sedap)
Cara-cara :
1) tomato semua dibasuh dan dipotong empat. Kemudian rebuskan semua tomato ni dan cili kering sekali selama 3-6 min sampai dia dah lembut.
2) Selepas tomato dan cili kering direbus, blend sekali dngn cili merah (cili merah xyah rebus terus masuk dlm blend). Korang blend jelah sampai dia betul2 hancur.
3) potong bwang merah dan putih kecik2, mcm dadu. Tapi aku potong tak sampai dadu pun, aku main balun je sampai dia betul-betul kecil π
4) tumis bawang semua tu, biar sampai layu kemudian masukkan daging kisar dan masak sampai dah perang warna daging tu
5) lepas daging tu dah perang, aku masukkan meatball 1 kilo. Aku terus letak black pepper dan sedikit garam.
Kemudian aku terus masukkan 3 stok daging dan sedikit air. Tunggulah dalam 7-10 min biar dia betul2 sebati. (Kalau rasa time ni pun dah sedap)
6) lepas 7-10 min hang masukkan tomato semua yang di blend dalam tu.
7) Gaul dan letak garam, gula secukup rasa. Jangan lupa letak tomato puree atau salsa time ni supaya taknak rasa sangat mentahnya tomato tu.
8) Biarlah dia sebati dan tunggu betul2 masak lebih kurang dalam 15-20 min. Siapp π
*Ayam boleh guna tapi tak sedap sangat berbanding daging. Sebab daging dia akan keluarkan air dia. Baru rasa juicy dia. Hehe
![]() |
Maaf presentation buruk sebab semua dah lapar. Haha |
Mantap budak mesir keee? ππ
ReplyDeleteYup
Delete