Dalam perjalanan ke kuliah, ada satu pasangan arab (lelaki) dan Melayu (isteri) naik bas sekali. Aku syak isterinya Melayu Thailand kerana gayanya dan berkahwin dengan arab mesir.
Kawan dekat belakang mulalah bermadah,
Laki A "Weh, perempuan tu kahwin dengan arab ke ?"
Laki B "Haah, ada lagi rupanya orang Melayu kahwin dengan orang arab, wah dahsyat"
....
Aku tersenyum dan teringat dengan kisah yang berlaku dengan guru aku sendiri
Nama beliau Ust Abdullah, beliau orang Mesir dan pernah mengajar aku bahasa arab selama setahun pada 2015 di markaz bahasa.
Waktu itu, Ust Abdullah memang arab yang istimewa. Dari awal lagi beliau tunjuk minat yang tinggi untuk mengenali bangsa Melayu.
Beliau mempelajari bahasa Melayu kebanyakan melalui kawan dari Indonesia dan ada juga dari kami. Ust Abdullah siap join silat kot, bahkan dia dah jadi ahli majlis tertinggi dalam organisasi silat tu.
Cuma paling istimewa adalah tekad dan azam beliau, beliau cerita kat aku yang dia memang bercita-cita nak kahwin dengan orang Melayu dari awal perkenalan lagi.
Aku waktu itu, tak berapa minat nak carikkan jodoh orang. Jadi aku anggap ini hanya cakap lepas angin sahaja seperti mana orang Mesir yang lain pun berkata begitu.
Habis setahun, aku pulang kembali di Malaysia. Kami tetap berhubung melalui Facebook. Arab memang suka comment kat post kita. Hahaha 😂
...
3 tahun selepas itu, (2018)
Aku datang kembali ke Mesir, waktu itu hari raya puasa. Aku ditugaskan jadi penghidang makanan.
Terkejutnya, aku terjumpa Ust Abdullah di majlis tersebut !
Aku tanya Ust Abdullah, bagaimana boleh masuk majlis ni ? Sebab jamuan ni khusus untuk orang Melayu sebab yang tahu maklumat pun hanya orang Melayu.
Beliau beritahu dia dapat maklumat daripada 'isteri'.
Aku terkejut dan tergamam. Isteri ??
Aku pun dengan kagetnya tanya tanpa putus tapi masih boleh kawal cool (cehwah). "Isteri tu orang mana, bangsa apa..."
Rupanya beliau kahwin dengan orang Pahang, Malaysia !! Dan baru sahaja kahwin awal tahun 2018 !
Aku bagai tidak percaya ketika itu, sebab selama dia ulang-ulang nak kahwin dengan orang Melayu, aku anggap ia hanya sebagai perkara yang tidak serius dan hanya senda gurauan.
Rupanya memang beliau bersungguh cari dari awal untuk berkahwin dengan orang Melayu selama 3 tahun aku tidak ada di sini.
Habis majlis, beliau jemput ke rumah beliau di sekitar hayyu Asyir, tak jauh sangat dari rumah. Jadi aku setuju kita sembang lagi mendalam pada tarikh yang dijanjikan.
...
Aku ziarah ke rumah beliau, sembang minum syai (teh) yang jadi kegemaran arab Mesir. Kami sembang lama.
Bagaimana perkenalannya dengan isteri beliau, dan bagaimana perkahwinan semua.
Menariknya, beliau kenal isteri dia melalui kawan dia. Hahaha. Walhal tidak pernah jumpa pun secara berdepan. Tapi hanya melalui gajet.
Latar belakang isteri dia juga sebenarnya engineering dan tidak pernah datang Mesir apatah lagi pelajar mesir tapi memang pelajar biasa dari IPTA Malaysia. Dia di Malaysia dan ust Abdullah di Mesir.
Epiknya, beliau cerita bagaimana dia menyakinkan mak ayah mertua dia. Memang asalnya mereka ragu, tapi tekad dan azam Ust Abdullah berjaya memenangi dan melunturkan hati mereka.
Lagi satu mereka sendiri takjub kesungguhan Ust Abdullah datang sendiri Pahang untuk melamar si dia. Ust Abdullah kata, orang Melayu paling senang untuk kita berbincang banding orang Arab. Jadi urusan menjadi lebih mudah
Beliau cerita lagi, bagaimana beliau makan makanan istimewa pahang, 'ikan patin tempoyak' hasil ajakan keluarga mertua. Keluarga Mertua dah hulur, takkan nak tolak ?
Lepas makan lauk tu terus pening seminggu. Hahaha . Arab tak boleh makan durian.
Cuma pesanan beliau, akhir kata preparation untuk kahwin umumnya dan lagi-lagi perkahwinan dua benua khususnya. Kena banyakkan bersabar dan prepare the worst.
Dia luah, sebelum kahwin dia ingatkan dia sudah cukup kenal dengan budaya Melayu. Silat dah mahir, paling suka makan makanan Melayu dan boleh bercakap bahasa Melayu. Ingatkan sudah bersedia.
Rupa-rupanya, itu hanya 30% yang kita kenal tapi lagi 70% masih lagi jahil tentang pasangan dia.
Lagi-lagi kahwin dengan bangsa lain bukannya mudah, kadang-kadang apa yang kita rasa boleh tapi tidak boleh bagi pihak lain. Cabaran dia dahsyat. Malah bahasa pun menjadi satu penghalang.
Jadi tahap kesabaran dan toleransi kena sentiasa tinggi. Alhamdulillah, langkah demi langkah beliau cuba mengenali lebih mendalam.
Perkahwinan bukannya mudah. Lebih memcabar adalah selepas nikah.
Akhir sekali, sebelum berpisah aku luahkan yang aku masih tidak percaya ust Abdullah sudah kahwin dengan orang Melayu. Beliau gelak dan minta doa agar bahtera keluarga yang dibina kekal dan sentiasa diberi kekuatan.
Mungkin ada yang bertanya, kenapa beliau sangat meminati orang Melayu ? Sampaikan beliau kalau boleh taknak kahwin dengan orang Mesir.
Sebenarnya aku sendiri pun tanya perkara yang sama, beliau berkata aku jatuh cinta degan orang Melayu kerana peribadi mereka.
Sepanjang aku mengajar pelajar Melayu, merekalah kaum yang paling baik dan beradab banding dengan orang Arab Mesir.
Mereka sangat menjaga diri mereka, tidak meninggi suara dan taat. Jikalau perempuan Mesir, mereka boleh jerit panggil nama kita dari tingkat 6 ke bawah tanpa rasa malu.
Sebab lain, Ust abdullah sangat meminati Malaysia dan Indonesia. Drama Melayu pun dia selalu tengok dengan isterinya. Bahkan dalam kelas, beliau selalu tanya keadaan Malaysia.
Ust Abdullah adalah kenalan arab saya yang paling meminati bangsa dan budaya Melayu.
Sebab itu bukan sahaja Ust Abdullah, malah kebanyakan orang Mesir selalu kata orang Malaysia adalah 'أحسن الناس', bermaksud 'sebaik-baik manusia' kerana perilaku orang Melayu yang terpuji. Suka beralah dan tak suka melawan banding dengan orang mesir.
Memang kahwin dua benua sangat mencabar. Perbezaan budaya dan bahasa, bayangkan seorang dari benua afrika, Arab. Manakala sorang lagi dari hujung Asia Tenggara. Kita kena banyak mengalah antara satu sama lain. Tapi bila sudah cinta, orang kata lautan api pun sanggup direnangi.
Kata orang lama,
"النجاح فى الزواج لا يحتاج إلى أن تتزوج الشخص الصحيح.. النجاح يتطلب أن تكون أنت الشخص الصحيح"
"Perkahwinan bukannya kita mencari orang yang tepat untuk kita, tapi kita 'sendiri' dahulu perlu menjadi orang yang baik kepada pasangannya"
Assalamualaikum. Saya seorang muslimah warganegara Malaysia dan bakal berkahwin dengan seorang muslim warganegara Mesir. Saya sedang mencari rujukan berkaitan proses perkahwinan, penyediaan dokumen dan sebagainya. Jika tuan sudi tanyakan jika saya dapat berhubung dendgan isteri ustaz Abdullah. Terima kasih.
ReplyDeleteSaya cuba tolong mana mampi
DeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteThank you bro ukail atas perkongsian cerita ini. Seronok sangat dapat baca tentang perkahwinan campur rakyat Malaysia & negara lain👍👍👍
ReplyDeleteNoprob!
DeleteKalau sudah jodohnya dgn orang arab, tiada apa daya kita untuk menghalangnya. Tapi secara peribadi, kalau mahu pilih wanita luar, saya lebih suka memilih wanita indonesia utk dijadikan isteri berbanding arab pakistan dll. Walaupun negara yg berlainan, tapi budaya dan bahasa yg hampir sama tidak menyukarkan komunikasi dlm berumah tangga. Wanita indonesia yg bersifat peramah, lemah lembut, beradab sopan dan baik hati tidak jauh beza dgn wanita malaysia. Dokumen perjalanan antara malaysia dan indonesia juga tidak menyusahkan kita memandangkan 2 negara ini adalah dlm komuniti asean dan berjiran walaupun kita sendiri yg berhijrah ke indonesia. Apa2 pon segala jodoh sudah ditetapkan oleh Allah. Pilihlah mana yg terbaik
ReplyDeleteMemang urusan perkahwinan beberapa negara agak rumit sepengetahuan saya. Tapi bila dah cinta, lautan api pun sanggup direnangi. Kita doa yg terbaik
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteTabarakaAllah, takjub kisahnya. Saya mohon doa ya,agar dipermudahkan urusan saya nikah & berkahwin dengan bangsa arab palestine hujung Tahun ini. Moga Anda semua juga dipertemukan Jodoh yg dirahmati Allah. Bahagia selalu☺
ReplyDeleteTabarakaAllah, taking kisahnya. Saya mohon doa ya agar dipermudahkan urusan saya berkahwin dengan bangsa arab palestine hujung Tahun ini. Moga Anda semua juga dipertemukan Jodoh yg dirahmati Allah. Bahagia selalu☺
ReplyDeleteTabarakaAllah, taking kisahnya. Saya mohon doa ya agar dipermudahkan urusan saya berkahwin dengan bangsa arab palestine hujung Tahun ini. Moga Anda semua juga dipertemukan Jodoh yg dirahmati Allah. Bahagia selalu☺
ReplyDelete