REVIEW 'MITOS PRIBUMI MALAS'
by Haiqal sanif, August 16, 2019
Saya dikhabarkan bahawa buku ini tidak
memberi jawapan yang pasti. Samada Melayu malas atau tidak itu terpulang kepada pembaca kerana penulis hanya mempertengahkan kajian tapi tidak memberi jawapan. Walhal sebenarnya itu tidak benar.
Titik tolak saya membaca buku ini adalah berlegar persoalan yang selalu timbul dan sering didengari. Melayu itu pemalas, tidak tepati masa, tidak kompeten sehingga mewujudkan istilah 'janji Melayu' kerana tidak menepati masa dan selalu dilemparkan dari kalangan bangsa Melayu sendiri dan memperendahkan satu sesama lain.
Sebenarnya apa yang dilemparkan oleh segelintir Melayu tentang sikap malas itu sendiri telah lama disebut oleh penjajah kolonial sekitar abad ke-16 lagi sehingga mutakhir ini.
Penulis cuba mencari asal usul tuduhan Melayu malas ini dan mendapati tuduhan ini telah lama disebut oleh penjajah kolonial sekitar abad ke-16 lagi terhadap bangsa Melayu.
Apa yang kita dengari kini hanyalah sekadar mengulangi bahkan seolah mempersetujui tohmahan seperti erti 'janji Melayu' dan Melayu pemalas yang dilemparkan oleh penjajah kolonial ini.
Penulis mengemukakan 4 bab pertama tuduhan penjajah kolonial terhadap rumpun Melayu kemudiannya dilawan kembali pada bab ke 5 dengan tuntas.
Walaupun diri ini agak sakit hati mendengar tohmahan mereka. Tapi penulis berjaya menyanggah membuatkan hati berasa lega dengan jawapan tersebut.
Syed Hussin Al-Attas, mengemukakan hujjah didahului dengan memperbetulkan makna/takrif 'kemalasan' itu sendiri dan mendapati bahawa malas mengikut takrif mereka dari sudut neraca kolonial. Misalnya,
Penjajah melihat, kaum peribumi malas kerana mereka tidak melaksanakan pekerjaan-pekerjaan yang disuruh kepada mereka. Walhal peribumi merasakan tiada sebab untuk tunduk kepada arahan mereka kerana kerja yang disuruh tidak masuk akal, dan sungguh membebankan bahkan pekerjaan mereka langsung tidak dibayar gaji setimpal. Lebih baik mereka bekerja sendiri daripada duduk di dalam rejim penjajah .
Maka penjajah menggelar melayu itu malas kerana orang Melayu ketika itu tidak ingin duduk dan menurut perintah penjajah kerana kezaliman mereka sendiri.
'Mitos Pribumi Malas' karya Syed Hussein Al-Atas benar-benar mengagumkan saya dari segi kritikan tulisan dan pendapat. Membaca karya ini dapat membina pemikiran kritis dan tidak menerima bulat-bulat dengan hujah membalas yang rasional.
Saya kira cukup menarik buku ini untuk dibaca dan ditelaah segenap masyarakat terutama yang mengatakan Melayu itu pemalas agar dapat lihat sejarahnya cuma kelemahan bagi saya adala pembahagian susunan tulisan bagi saya masih 'old school' walaupun telah dicetak cetakan baru.
Overall, buku yang menarik dan sangat membekas pemikiran saya 😁

Add your comment