Syariah Tahun 1 #Done

by Haiqal sanif, June 24, 2019


Dua bulan berperang dalam musim panas,
waktu ramadan dan menjangkau hari raya.

Setiap tempat pengajian ada peperiksaan, dan setiap peperiksaan ada susahnya. Kesusahan Azhar terutama sem 2, pada suasananya dan tekanan untuk 'lulus' periksa.

Kami dibebani dengan tekanan jikalau gagal 3 madah, maka dipaksa ulang tahun. Dia bukan main sentimental 'gagal atau lulus' tapi dia main 'tahun dan umur' kita . Dia benar-benar menguji perancangan hidup kita.

Mudah cerita, tidak lulus, belajar sini lagi setahun !

Rasa macam senang mendengarnya tapi berat lagi jiwa menelannya

Setiap peperiksaan perlu buat yang terbaik, untuk cemerlang pula jauh lagi perbincangan kita di sini.

Timbunan buku jangan cerita. Kami tahun satu yang baru bertindik membaca buku2 arab dihujani dengan ribuan muka surat sepenuhnya arab dan perbincangannya yang padat dengan istilah.

Ditambah lagi, dinilai dengan kitab-kitab turath (gaya tulisan lama). Seperti kanzu raghibin, nihayatus sul dan Muqaddimah ibnu solah. Buku-buku seperti ini tidak boleh dibaca sahaja tapi perlukan syarah pada setiap kalimahnya. Perlukan pembimbing, perlukan penjelasan

Saya dikhabarkan azhar satu-satunya universiti yang menilai peperiksaan turath. Bertambah kagum saya pada Al-Azhar

Markahnya pula seratus peratus pada peperiksaan. Tidak ada markah assignment, soalan quiz pensyarah dan markah kehadiran

Benarlah, belajar Azhar ini perlukan jiwa kuat

Tempoh peperiksaan ini benar-benar menguji diri saya. Tidak pernah merasakan tekanan exam sebegini. Dia main mental, stamina, kudrat untuk hadapi timbunan buku dan jiwa yang tabah menghadapi tekanan.

Terima kasih yang sudi memberi nasihat secara personal, membantu mencerahkan yang malap dalam menghadapi kebuntuan akal dan sirnanya jiwa.

Benar, hikmah paling besar yang saya dapati waktu imtihan ini adalah benar-benar tawakal.

Saya bertawakkal dan doa moga tahun ini kami semuanya najah belaka . Aminn 😁

#PanasLitLit


SHARE 0 comments

Add your comment

© Ukail Sanif · THEME BY WATDESIGNEXPRESS