Muhasabah peperiksaan Azhar
by Haiqal sanif, May 13, 2019
Muhasabah peperiksaan Azhar
setiap hari mempelajari Fiqh,
memahami perselisihan fuqaha',
belajar menggunakan Istidlal ayat Qurani untuk instinbat hukum.
Memahami konteks Hadis dengan betul.
Setiap hari mengulangkaji ilmu agama untuk peperiksaan mendekat,
Tapi dari sudut dalam hati, terasa begitu kering walaupun masih di dalam bulan ramadan yang mulia,
Belajar agama setiap hari tapi jiwa masih kosong,
Apa yang kurang ? Apa lagi dosa tersisa ?
Muhasabah bersama
Apa yang kita belajar ini sekadar tsaqafah,
Menghafal dalil Al-Quran dan Sunnah,
Menekun pendapat-pendapat ulama untuk dirajihkan,
Semua ini sekadar maklumat tapi tidak memberi makna dalam hati,
Yakni hakikat kita hanya hamba untuk Tuhan !
Belajar agama terutama pada ramadan untuk menjadi hamba sejati,
Ya, hanya sebagai hamba !
Belajar agama perangai buruk bukan sedikit,
Belajar agama masih mencarut masih banyak,
Belajar agama tapi masih lalai ramai lagi,
Ini semua berlaku kerana pembelajaran agama itu hanya pada konteks tapi bukan pada rohani,
Jadilah ilmu itu hanya sekadar untuk melepasi periksa,
Dikenali sebagai pelajar berjaya,
Peperiksaan cemerlang,
Pemimpin berwibawa dalam organisasi,
olahragawan dalam sukan,
Tapi sayangnya..
Kalah dalam hati,
Permulaan kepada segalanya
beliau sudahpun tumpas dari awal lagi,
Sedangkan sebelum pemimpin itu dia adalah hamba Allah,
sebelum menjadi pelajar pintar dia adalah hamba Allah,
Sebelum menjadi seseorang hakikatnya dia juga hamba Allah,
Tapi dia menzalimi dirinya dan meruntuhkan agamanya,
Kerana belajar agama itu tidak merubahkan dia, bahkan beliau menjadi penyebab fitnahnya kepada agama,
Belajar agama sepatutnya menjadikan dia lebih baik,
Tapi sayangnya ilmu agama itu sendiri tidak lagi mengesani jiwanya,
Dari awal penciptaan kita, tujuan mempelajari agama,
Semuanya kerana untuk jadi sebaik-baik hamba,
Tidak lebih !
Apa lagi makna yang ada jikalau cemerlang pelajarannya, hebat dalam organisasinya
Tapi hakikatnya dia masih lalai,
Walaupun setiap hari mempelajari agama,
Tidak sedar dia sudah lupa tujuannya,
Sudah lalai bahawa dia hanyalah hamba.
Apalagi makna yang tersisa
Jikalau dia sendiri lupa bahawa dia sekadar hamba
Jadilah ramadhan ini bulan melatih keikhlasan,
Mencari erti hidup,
Rancang sumbangan kita untuk umat,
Betul-betul menginsafi ramadan adalah bulan keberkatan,
Bulan bermulanya perubahan,
#MulaDenganDiriSendiri
Add your comment