Review buku hartanah 'WTF : Wa Tak Faham oleh Faizul Ridzuan' 





Saya suka sangat dengan konsep penulisan buku hartanah ini. Beliau mengemukakan kisah-kisah beliau yang sebenar dalam membeli hartanah dan kisah ini sangat berfaedah terutama seperti saya yang masih pelajar dan langsung tiada pengalaman membeli rumah .

Beliau mengkisahkan rumah pertama yang beliau beli, bahkan siri kisah hartanah lain yang dibeli oleh beliau dan mrngaku ada kesilapan tersebut serta menggariskan pengajaran daripada kisah tersebut untuk pembaca tidak mengulangi kesilapan yang sama .

Gambaran dan kisah membeli ini tersangatlah penting supaya kita tidak nampak sangat sebagai beginner dan tidak ditipu oleh penjual

Beliau berjaya mendapat 23 hartanah sebelum usia mencecah 30 dan mula menceburi seawal 23 tahun ketika beliau mula bekerja dan sebelum kahwin lagi.

Beliau juga mendapat modal kahwin dari hartanah juga. Beliau turut menceritakan bagaimana beliau dapat modal tersebut.

Saya lihat beliau begitu menekankan konsep networking dan hidup susah dahulu. Beliau sendiri masih pakai motor biasa walaupun sudah mempunyai 4/5 buah rumah .

"Biar baju lusuh tapi duit di dalam bank beribu"

Walaupun begitu, cara beliau mengumpul modal bagi saya agak lama dan outdated kerana sekarang ramai hartanah beginner bermula dengan ASB Finance untuk menjana modal.

Walaupun begitu, buku ini wajar dibaca oleh beginners terutama untuk memahami konsep membeli hartanah dengan cara beliau.

Boleh juga follow beliau di Facebook ,(Faizul Ridzuan) dan beliau juga giat memberi seminar cara membeli hartanah yang berpotensi terutama tips membeli rumah untuk orang muda .

Ini merupakan buku yang saya beli borong dari carousell. Jadi saya seronok kerana dapat membeli dengan harga murah untuk beli buku sekualiti ini.

SHARE 1 comment

Add your comment

© Ukail Sanif · THEME BY WATDESIGNEXPRESS