Review Buku 'Fiqh Malaysia : Ke Arah Pembinaan Fiqh Tempatan Yang Terkini' terbitan APIUM



Baca buku ni, terasa Prof. Zuhdi sedang mensyarah secara live depan mata berkenaan aspirasi dan anjakan Fiqh baharu kepada pelajar Syariah iaitu gagasan Fiqh Malaysia.

Bagi saya, mana-mana pelajar Syariah sepatutnya menerima idea ini dan wajar disokong.

Saya perasan, amat ditekankan agar dielakkan daripada menjadi tekstual dan lebih kepada rasional dan mengelakkan dari dogmatis dan konservatif. Apa yang berlaku di Timur Tengah tidak semestinya sama dengan Malaysia . Mengambil pendapat ulama di tanah Arab tidak sama dengan ambil pendapat ketika di Malaysia.

Baca artikel beliau ini memang agak berat dan perlu berfikir dalam membaca setiap rangkap untuk menghadamkan tafsiran beliau tapi amat berbaloi.

Kisah kaum muda dan kaum tua sebagai sejarah hukum Islam bagi saya amat menarik. Walaupun sejarah kisah kaum tua dan muda sudah pun lama, tapi perangai setiap kaum tua dan muda tetap ada sehingga kini.

Kaum tua 'kita ni siapa nak lawan Imam Syafi'i ? Kenapa pandai2 buat ihtihad sendiri' (takde hukum baru)

Kaum muda skrang 'Kita perlu tajdid semua dll' (Terlampau mengagungkan idea tajdid)

Fiqh Malaysia adalah satu gagasan dan impian yang sangat besar. Fiqh Malaysia bukan bermakna Fiqh Syafi'i mengikut kesesuaian tempatan . Bahkan bukan juga Fiqh Talfiq (campuran) ikut Malaysia.

Tapi ia adalah idea fiqh yang setaraf ketika mana fiqh kufah, madinah, mesir. Mereka semua ada metodologi sendiri dan kita juga mempunyai asas ijtihad yang kukuh seperti mana mereka mengistinbat hukum.

Walaubagaimanapun, Saya berpendapat pelajar Syariah tapi tidak baca idea dan inti dari buku ini akan mengalami kerugian besar kerana ia melibatkan satu rangka Fiqh yang akan dibina untuk masa hadapan !

SHARE 0 comments

Add your comment

© Ukail Sanif · THEME BY WATDESIGNEXPRESS