KISAH GURU YANG SABAR ASBAB BESAR PELAJARNYA MENJADI BIJAK
by Haiqal sanif, March 16, 2019
KISAH GURU YANG SABAR ASBAB BESAR PELAJARNYA MENJADI BIJAK
Dalam buku 'Tabaqat Al-Shafi'iyyah' karangan Imam Tajuddin Al-Subki beliau menceritakan kisah yang amat menarik tentang anak murid kanan Imam Syafi'i, iaitu Al-Rabi' bin Sulaiman Al-Muradi.
Al-Rabi' ini pada awalnya, seorang yang sangat lambat dalam kefahaman sehinggakan Imam Syafi'i pernah mengulangi 40x dalam satu masalah tapi masih tidak faham.
Al-Rabi' confirm malu, jadi beliau segera bangun dari majlis kerana malu dan tidak ingin menganggu kawan-kawannya lain .
Imam Syafi'i dengan sabarnya tetap memanggil beliau supaya datang seorang diri dan mengulang lagi sehingga dia faham .
Tinggi benar sifat kesabaran Imam Syafi'i, bahkan jikalau dibandingkan dengan kita sendiri. Jenuh nak ulang berkali-kali supaya murid faham dengan karenah pelajar-pelajar lagi.
Penat.
Bahkan mungkin kita pula yang memarahi pelajar tersebut.
Tapi Imam Syafi'i tetap sabar dan tetap mengajar. Seharusnya beliau menjadi tauladan kepada setiap yang ingin menjadi guru sepanjang zaman.
Hasil kesabaran beliau, Al-Rabi' menjadi anak murid kegemaran beliau sehingga dijulung antara ulama' besar dalam Fiqh dan bermanfaat besar kepada umat Islam sehingga kini.
P/s : Tugas guru begitu mulia, hanya yang terpilih mampu menjadikan sebagai cita-cita.
Sesuai dengan sebuah kata-kata hikmah arab
لولا مربي ما عرفت ربي
"Jikalau bukan kerana guru, maka tidak aku kenal Tuhanku"
Add your comment