Tragedi #Christchurch dan sebahagian berat sebelah media barat sepatutnya menjadi iktibar kepada seluruh umat Islam.
Peristiwa ini berlaku hakikatnya kerana Islam tidak mempunyai kekuatan (Syaukah), harga diri (Qi'mah) dengan kuasa dunia sekarang.
ketidakadilan pasti berlaku lagi dan kisah seperti ini pasti terjadi lagi selagi mana Islam tidak di'tinggi'kan.
Mengapa kita hilang kuasa dan lemah ?
Jawapannya tidak lain tidak bukan kerana kita berpecah . Setiap negara memilih untuk berkepentingan sendiri berbanding memikirkan tindakan secara kolektif untuk umat Islam secara keseluruhan.
Syeikh Dr Nawaf Takruri, Presiden kesatuan ulama luar negara Palestin mengutarakan perkara yang sama. Kita didominasi oleh orang lain terhadap persaudaraan, khazanah dan pemerintahan kita .
وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ ۖ وَاصْبِرُوا ۚ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ (46)
"Dan taatlah kepada Allah dan Rasulnya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar" (Al-Anfaal : 46)
Kerana kita bertelagah dan berkepentingan kita tidak bersatu padu. Kita lebih rela bersahabat dengan Amerika berbanding negara kita sendiri.
Saya ingat lagi ketika bekas PM Turkey, Erbakan melancarkan satu tindakan ekonomi bijak yang dipanggil De Sekiz-8. Negara yang terlibat hanya Malaysia, Nigeria, Bangladesh, Indonesia dan pelbagai negara tidak 'popular' lain dan tidak 'berpengaruh' tapi berpotensi.
Kenapa beliau tidak memilih negara Islam yang berpengaruh seperti Saudi, Mesir ketika itu adalah kerana beliau tidak ingin melibatkan sebarang transaksi dan apa-apa kaitan dengan US . Tindakan ini adalah langkah untuk menguatkan lagi kekuatan ekonomi sesama kita dan mengurangkan kebergantungan terhadap US sendiri.
Hakikat yang pahit ditelan adalah Mesir dan Saudi sendiri masih bergantung dengan US malah membela mereka lagi.
Saya teringat akan pesanan Dr Ahmad Sidqi di dalam kelas, ketika mana seorang Azhari itu sudah pulang ke tanah airnya.
"Jadilah seorang 'Syeikh' atau Guru yang menyatupadukan umat bukan memecahkan lagi. Jangan taksub dengan mana-mana pihak kerana bukan dari kalangan 'kita' (Azhari) yang menyeru terhadap Al-asobiah dan golongan yang berfikiran sempit"
Terrorism (Irhabiah) adalah tindakan yang terkeji bahkan tiada satu dalil pun dari segi Syar'i bahawa terrorism dibenarkan . Bahkan Allah swt dan manusia sendiri membenci dan akan dibalas di dunia lagi.
Islam tidak pernah membenarkan perbuatan terkeji dan terkutuk ini.
Terrorism bukan berasal dari kita
وَمَاۤ اَنۡـتُمۡ بِمُعۡجِزِيۡنَ فِى الۡاَرۡضِ وَلَا فِى السَّمَآءِ وَمَا لَـكُمۡ مِّنۡ دُوۡنِ اللّٰهِ مِنۡ وَّلِىٍّ وَّلَا نَصِيۡرٍ
"Dan kamu tidak akan dapat melepaskan diri (dari kekuasaan Allah) di bumi dan tidak juga di langit (sekalipun); dan kamu tidak akan mendapat sebarang pelindung dan penolong yang lain dari Allah" (Al-Ankabut : 22)
فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ * وَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ
"Barangsiapa berbuat kebaikan sebesar zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan keburukan sebesar zarah pun, niscaya ia akan melihat (balasan)nya pula." (Al-Zalzalah : 7-8)
من لم يهتم بأمر المسلمين فليس منهم
"Barangsiapa tidak mengambil berat terhadap urusan saudara seakidahnya, maka dia bukan dari kalangan mereka"
Allah swt tidak akan lupa pembunuhnya
Add your comment