Al-Azhar yang sebenar

by Haiqal sanif, March 22, 2019




Allahu Akbar, Allahu Akbar 

Laungan azan isyak dari masjid Al-Azhar berkumandang sambil diikuti masjid-masjid lain.

Aku dan pelajar lain masih mendengar penjelasan Syeikh Ahmad Sidqi, yang aku anggap sebagai guru kegemaranku.

Syeikh Ahmad Sidqi hari ini mengajar 2 madah sekaligus selama 4 jam untuk madah Fiqh Muqarran (Fiqh Perbandingan 4 mazhab) dan Fiqh Muasarah (Fiqh isu semasa) dan kebiasaannya Dr. Sidqi akan melanjakkan waktu kelas.

Tajuk Fiqh isu semasa harini adalah berkaitan hukum 'memasukkan sperma di dalam ovum tanpa melalui seks'

Ada satu kes, dimana ada perempuan ingin anak tapi tidak ingin melahirkan melalui rahimnya kerana kesakitan yang tidak ingin dia tanggung.

Jadi ada satu pihak menawarkan perkhidmatan sewa rahim, lalu ovum dan air mani pasangan lelaki dan perempuan tersebut digabungkan pada rahim perempuan lain tanpa melalui kaedah seks.

Oleh kerana agama sangat menitikberatkan nasab seseorang. Maka apakah hukumnya dari segi syara' dan taraf anak tersebut. Itu yang menjadi perbincangan tajuk hari ini. ( Bahkan lebih meluas, ovum dan mani binatang dll)

Dengar tajuk inipun agak berat apatah lagi syarahannya. Saya difahamkan Universiti Azhar satu-satunya universiti yang mampu membincangkan hukum sekompleks ini dan tiada dibahaskan isu ini di universiti lain.

Lagi bertambah takjub dengan Al-Azhar .

Walaupun rupa universiti seperti usang dan lama, tapi kualiti perbincangannya melangkaui universiti termaju lain seperti Universiti Malaya, Universiti Umm Al-Qura dan seumpamanya.

"Don't judge the book by it's cover"

Walaupun tajuk begitu menarik, oleh kerana ia adalah 'isu yang baru'. Susah lagi kami menerimanya.

Saya pun masih sendu ingin memahami, ditambah lagi pelbagai istilah arab yang jarang digunakan. Membuatkan ia lagi susah.

Kawan-kawan pula pada asalnya dewan kelas begitu padat, ramai sudah beransur balik. Manakan tidak, azan isyak pun sudah berkumandang dan ditambah lagi dengan isu yang begitu berat untuk difahami. Kebanyakannya sudah pun duduk di kelas sejak pagi lagi, mungkin mereka kepenatan

Walaubagaimanapun, perbincangan ini begitu menarik untuk diabaikan.

Perkenalan dengan Syeikh Dr. Ahmad Sidqi

Saya meminati Syeikh Ahmad Sidqi, kerana beliau begitu baik dan sangat memahami pelajar dari Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia .

Beliau sangat memahami sehinggakan beliau memperlahankan syarahan beliau kerana memahami pelajar dari Asia Tenggara kebanyakannya masih baru dalam memahami bahasa Arab.

Peribadi beliau lagi menyenangkan dan membuatkan saya bertambah kagum. Ilmu dan kewarakan beliau sentiasa menjadi inspirasi untuk mencontohi beliau .

Perkenalan saya dengan beliau membuatkan saya masih boleh bertahan dengan perangai  sesetengah arab mesir.

Kalau diikutkan, masih terbayang lagi peristiwa yang berlaku terhadap sahabat saya pada tahun lepas dihentak parang ketika pencuri masuk di rumah beliau. Itu tidak diceritakan lagi pencabulan terhadap siswi Malaysia/Indonesia di dalam kenderaan awam.

Siapa tidak marah ?

Peristiwa-peristiwa seperti ini yang membuatkan saya masih sangka buruk dengan arab mesir. Cuma kehadiran Syeikh Ahmad Sidqi membuatkan saya masih bertahan lagi sehingga sekarang.

"Jikalau bukan kerana Al-Azhar, aku tidak akan jejak ke Mesir !" Jerit dalam diri.

Sudahpun pukul 7 lebih , Syeikh Ahmad Sidqi menghentikan syarahan beliau lalu menanyakan kefahaman kami samada senang atau susah .

Saya tanpa segan silu, angkat tangan terus mengatakan 'terlampau susah' dan ramai juga menyetujuinya.

Niat saya jelas, biarlah saya kata saya tidak faham secara terus terang daripada saya terus 'menipu' katakan saya faham .

Paling kurang beliau akan syarahkan lagi tajuk ini supaya tidak melanjutkan lagi ke tajuk baru. Faedahnya untuk semua bukan saya seorang sahaja.

Memang tajuk yang mencabar ini, perlukan masa. Istilah sains dan kaedah dalam arab bukannya mudah. Perlu diulangkaji di rumah.

Oleh kerana itu, saya berharap doktor masih berikan syarahan pada kelas akan datang.

Walaubagaimanapun, Dr. Balas dengan gelakan sahaja. Rakan-rakan lain pun turut gelak.

Saya hanya hairan dan cuba gelak secara paksa.

'Mungkin gelak dapat meredakan stress kot'

Monolog diri.

Tapi pelajaran saya harini, bukan sahaja tentang isu ini tapi lagi besar ia membetulkan sangkaan saya selama ini terhadap Al-Azhar.

Al-Azhar digeruni dan dihormati dunia

Al-Azhar bukanlah lapuk walaupun keluarannya banyak pak lebai. Gelaran pak lebai itu sendiri bukan semua menyetujuinya, akan tetapi sebahagian menggelarkannya dengan tujuan sinis dan tidak suka mereka terhadap sesetengah ustaz keluaran al-azhar.

Kebanyakannya memakai pakaian lusuh, selipar biasa kemudiannya memberi ceramah di masjid, terus me'label' puak sana wahabi,syiah sana sini. Bergaduh sana sini tidak habis.

Fakta-fakta yang diberi apabila ditanya, sedih sekali 'Ustaz' tersebut hanya terima melalui FB.

Sedih sekali masyarakat yang menjadi mangsa pergaduhan yang tidak memberi faedah terhadap penyatuan ummah.

Kenyataan ini benar-benar terjadi walaupun tidak mewakili semua agamawan.

Yang menimbulkan persepsi bahawa Al-Azhar melahirkan orang yang berfikir konservatif, adalah minoriti.  Tetapi tempias dan sangkaan jumudnya (sempit) terlalu besar sehingga melantun ke nama 'Al-Azhar'. 

Sedangkan Al-Azhar yang saya kenali adalah orang yang mendamaikan bukan penyebab perselisihan. Menerima pandangan berbeza kerana masalah khilafiah terlampau lama dan panjang.

Taksub dengan segolongan pihak sahaja adalah batil. Bahkan tidak memberi apa-apa kebaikan.

"Pendapat kita sahaja betul, golongan kita sahaja yang benar"

Tanpa kita sedar, kita yang memburukkan institusi Azhar bukannya orang luar tapi orang sebegini.

Azhari yang diidamkan adalah pencetus kepada kebaikan walau di mana-mana tempat. Kerana Azhar yang benar melahirkan seorang mujaddid, pencetus sepertimana Dr. Burhanuddin Al-Helmy, Syed Syeikh Al-Hadi .

Saya teringat kata-kata 'senior' saya dahulu, "beribu-ribu lepasan Al-Azhar sudah pulang ke Malaysia, adakah Malaysia bertambah menjadi lebih baik atau semakin buruk ?"

Jawapannya sudah tentu mendukacitakan, masyarakat masih lagi 'kurang beragama'.

Saya tersentap,

Benar

Azhari sepatutnya menjadi pendamai bukan penyebab perselisihan.




SHARE 1 comment

Add your comment

  1. assalamualaikum,
    saya ada dm dekat ig tanya tentang stam, nanti check yaa..

    ReplyDelete

© Ukail Sanif · THEME BY WATDESIGNEXPRESS