Review ringkas buku 'هل نحن مسلمون ؟'

by Haiqal sanif, February 03, 2019




هل نحن مسلمون ؟
(Adakah Kita Benar-Benar Muslim dalam erti kata sebenar ?)

Pengarang : Muhammad Qutb merupakan adik kepada Syed Qutb.
- Telahpun meninggal dunia di Arab Saudi (2014)
- Telah menghasilkan pelbagai karangan dan makalah antaranya syubhat terhadap Islam dan pelbagai lagi.

Buku ini mengandungi 222 MS .
Genre : Fikrah, Kritikan Sosial.

Pada zaman beliau, kefahaman masyarakat terhadap Islam sudah semakin teruk terutama negara beliau, Mesir . Beliau berkata bahawa Islam ini hanya pada ibadat dan terpisah dengan mafhum hukum hakam Islam yang lain dari segi pentadbiran, politik dan berpendirian bahawa fahaman inilah yang dibawah penjajah (Perancis) ke Mesir .

Pada mukaddimahnya, penulis cuba mengemukakan persoalan kepada pembaca bagaimana memahami Islam dalam erti kata sebenar menurut kita ? Apakah hanya amalan pergerakan yang terbatas seperti solat, puasa sahaja atau merangkumi segenap perkara ?

Apakah kefahaman Islam kita sama dengan kefahaman Islam ketika zaman kenabian dan sahabat ? Jikalau sama mengapakah Islam tidak segemilang seperti dahulu ? Sedangkan kita pernah menaungi sebahagian besar dunia ?

Lebih kurang 100 muka surat pertama beliau mengusulkan bahawa kefahaman Islam yang syumul iaitu merangkumi semua perkara bukan sebahagian.

TURKEY PENYEBAB KEMUNDURAN SASTERA DAN KEILMUAN

Bagi saya, buku ini sedikit sebanyak menceritakan latar belakang Mesir . Apa yang saya belajar di STAM, bahawa ketika zaman Khalifah Uthmaniyyah, mereka digambarkan dengan teruk sekali oleh penulis sastera arab.

Muhammad Qutb juga menceritakan yang sama ketika zaman Uthmaniyyah, perkembangan ilmu dan sastera memang tidak berkembang dek kerana kerajaan Uthmaniyyah mementingkan dari sudut ketenteteraan sahaja dan mengabaikan sudut lain.

Cuma beliau tidaklah menceritakan kezaliman yang dahsyat oleh Uthmaniyyah sebagaimana diceritakan oleh penulis sastera arab (adab nusus) .

Beliau juga menyangkal golongan sejarawan yang menulis sejarah berat sebelah kepada penjajah. Lebih mengagungkan penjajah kerana membawa kemajuan di Mesir sedangkan bagi beliau penjajah bahkan lebih banyak melakukan merosakkan dari membawa kemajuan.

Kritikan yang munasabah kerana terlalu memuji penjajah bahawa mereka penambah kemajuan adalah tindakan ganjil. Penjajah tetap penjajah. Kezaliman lebih banyak dari keadilan.

Kemajuan apa yang diagungkan jikalau tiada kemajuan untuk Islam ?

Persoalan besar yang digariskan oleh Ustaz Muhammad Qutb.

Bahkan kefahaman sejarah acuan barat (Perancis) inilah yang diajarkan di sekolah hatta di universiti.

Mereka mendirikan sekolah perundangan hakikatnya bukan untuk kemajuan Mesir bahkan menggunakan mereka sebagai boneka sepertimana yang berlaku terhadap Muhammad Ali Pasha.

Beliau juga turut menyatakan kepentingan Al-Azhar, dalam mana-mana sejarah pengislahan Mesir kerana ia adalah institusi pengajian tinggi yang sangat berpengaruh pada zaman tersebut.

Tiada yang lebih tinggi dari Islam dan setara dengannya. Islam akan sentiasa menang, kemajuan tidak akan tercapai jikalau Islam tidak menggapai kemajuan.

Kritikan terhadap kerajaan Mesir dan sejarahnya oleh Muhammad Qutb bagi saya amat sesuai dan sihat untuk sentiasa mengimbangi kebenaran sejarah dan posisi kerajaan.

Apatah lagi, buku-buku kritikan yang membina terhadap kerajaan Mesir bagai sudah tiada kini dan yang tinggal hanyalah banner yang menyanjung kerajaan Mesir di masjid, kedai dan bangunan kerajaan.

Bagi saya buku ini amat baik terutama dalam merangka kerangka fikiran kita serta menggambarkan keadaan Mesir ketika itu.

SHARE 0 comments

Add your comment

© Ukail Sanif · THEME BY WATDESIGNEXPRESS