Ayah, Ibu, Kakak, Murabbi-murabbi yang mengenalkan aku kepada dakwah pun ada termasuk sahabat-sahabat dari ipoh sungguh membuat aku gembira . Tidak kurang juga rakan taulan yang menghubungi melalui whatsapp . Terima kasih kerana hadir menemani kami memulakan fasa kehidupan kami seterusnya .
Sambil melambai ke arah keluarga serta rakan handai di pintu pelepasan bersama . Aku tekad dan niat walau musafir ilmu ke Mesir ini bukanlah pilihan pertama aku dalam meneruskan pengajian ilmu tapi aku redha bahawa ini adalah ketentuan Allah kepada aku untuk merasai bumi anbiya', mujaddid dan ulama' . walau hati terasa berat untuk pergi, tapi mudah-mudahan Allah menerima pengorbanan mujahadah ini dan diterima sebagai amal . Perancangan Allah itu lebih baik . Air mata kebetulah tidak juga merintih tapi Allah sahaja tahu perasaan sebak di dalam dada kerana merisaukan keadaan keluarga di tanah tercinta tanpa lelaki bujang seorang ini . Secara zahirnya lelaki memang sukar nangis tapi dalam diam hatinya tetap sedih sebagai mana orang lain juga . Aku tekad dan pasakkan niat mudah-mudahan Allah dapat menjadikan aku hamba yang sentiasa mengenang budi Tuhannya, menjadi jundi Allah yang tersusun hanya mengikut perancangan Allah semata . Mudah-mudahan Allah redha usaha mencari ilmu ini agar sedikit sebanyak dapat membantu masyarakat di Malaysia satu hari nanti . Moga aku dapat menjadi ulama' yang bermanfaat kepada ramai orang Islam dan seluruh manusia
Add your comment