Bertepatan hari ini, 29 hari lagi kita ingin menghadapi STAM . Kemudian kita akan berpisah .
Baru sahaja bergembira bersama tadi,
Baru sahaja kita bermain futsal ketika hujan tadi,
Baru sahaja kita mengulangkaji pelajaran di kelas sama-sama tadi,
Baru sahaja kita buat program bersama-sama tadi,
Baru sahaja makan pagi bersama Ustaz-Ustaz di kantin tadi,
Semuanya rasa bagai semalaman yang penuh keriangan kita lalui tadi, akan tetapi peperiksaan STAM semakin mendekat, pertemuan kita menghitung hari .
Habis sahaja peperiksaan sebenar STAM pada 1/11/2017 semua sudah balik ke halaman masing-masing . Entah bila lagi kita dapat merasai pengalaman yang "baru sahaja tadi" kita merasa . Mungkin kenangan yang paling sesuai adalah utk kita teruskan lagi pengembaraan kita di Mesir ! Yup, Di Mesir !
Susah untuk aku tidak turut serta sekali berangkat ke Mesir bersama generasi ini . Kami adalah generasi terbaik untuk bersama sekali kerana cerita 'kita' masih beluk habis .
Add your comment