Sekitar UPU | Masuk Universiti dan Ramadhan

in , , by Haiqal sanif, June 04, 2017
Sekitar UPU | Masuk Universiti dan Ramadhan
- pada hari ini, ranking universiti terbaik di Malaysia masih lagi dipegang oleh Universiti Malaysia (UM) .

- Asasi pengajian Islam kini telah berjaya dibuka bagi mendalami ilmu-ilmu Islam .

- Sudah tentu Universiti yang terbaik amat penting bagi melahirkan graduan mereka hebat-hebat belaka .

- akan tetapi, jikalau di muhasabah kembali . Saya teringat akan pesanan ikhwah yang sangat saya hormati, beliau menaqalkan bahawa mafhum baginda "bukanlah tanah ini (Madinah) yang menyucikan kita, akan tetapi diri kita sendiri" . Makna yang ingin dibawa ialah, bukanlah tanah (universiti yang terbaik/azhar/ Madinah) yang membuatkan kita suci. Akan tetapi mujahadah dari diri sendiri yang membuatkan kita ditingkatkan darjat oleh Allah SWT .

- Pergilah mana-mana universiti pun, hatta pergilah tanah suci sekalipun . Jiwa yang suci lahir hasil dari mujahadah diri yang kuat dan bersungguh . Tidak boleh tidak, diri kita sendiri yang perlu diubah bukan orang lain . Bukan sebab-sebab dari luar (tanah suci/ universiti terbaik etc)

- moga jiwa kita sentiasa disirami baja iman dan kesedaran untuk sedar drpd terus terlena dengan maksiat . Bersempena dengan bulan ramadhan ini, moga mujahadah dapat diaplikasikan untuk melahirkan jiwa yang suci dari madrasah ramadhan 2017 kali ini !

    SHARE 0 comments

    Add your comment

    © Ukail Sanif · THEME BY WATDESIGNEXPRESS