Kalau aku tinggalkan Jalan Dakwah Tarbiyyah dan Hidup bebas ..


Pada hari rabu yang lalu, bertepatan pada hari 5 ramadhan . Kami membuat reunion Hira' kecilan di Puncak Alam . Reunion ini dibuat kerana bagi meluangkan masa bersama mungkin buat kali terakhir bagi tahun ini (2017) sebelum masing-masing mendaftar diri di IPT masing-masing . 

Syukur dan rasa gembira sangat kerana dapat berjumpa dengan mereka . Kami bergurau ketawa, ditambah lagi dengan kehadiran Ammar Hamizan yang memang suka sangat menyakat orang dan peramah. 

Sudah habis solat terawih di masjid Puncak Alam . Kami membuat tadarus Al-Quran dan bersembang sejenak . Dalam bersembang itu, setiap drpd kami perlu menyatakan 1) di mana mereka ingin sambung pelajaran dan 2) apakah cita-cita mereka ? 

Hussein : UITM Tapah, diploma Komputer . Cita-cita : business man 
Ukail : STAM dan bercita ingin menjadi businessman Al-Hafiz
Abbas : UIA dalam kos psychology dan bercita ingin menjadi businessman 
Adam : KUIS dalam bidang design. 
Ammar Hamizan : Uniti dalam bidang muamalat . 
Umar Hazim : Kuis dlm bidang Qiraat dan bercita ingin menjadi Ustaz . 

Masing-masing dengan cita-cita mereka sendiri . Yang membuatkan menariknya, ketika bersantai dan  sembang dengan salah seorang dari mereka . Bukan semua nak pergi ke IPT yg mereka 'terpaksa' pergi dek kerana itu sahaja pilihannya yang telah diletakkan UPU . Salah seorang dari dari kami mengatakan bahawa jikalau boleh dia inginkan pergi Universiti yang xde 'biah solehah' atau tarbiah etc . Ertikata, bebas dari hidup tarbiah dan merasai hidup bebas ! 

Fikiran dia sama sangat dengan aku ! Aku utarakan kepada dia . Manakan tidak, apabila duduk dalam jalan Dakwah dan Tarbiah ni, kena terikat dengan segala benda . Program tarbiahnya, daurah etc . Kena buat tajmik etc dan pernah 'banyak kali' aku terasa ingin bebas ataupun malas nak ikut jalan Dakwah dan Tarbiah ni . Serius . Xdpt mad'u, pening otak . Rasa cemburu dengan kawan-kawan yang x ikut, cth : bercouple, keluar dengan perempuan sesuka hati dan banyak lagi . Kalau ikut nafsu, memang tu yg kita inginkan . (Nampak perbincangan 'Bebas' dari tarbiah tu ? ) 

Jadi, apabila menuju pulang dan aku menghantar mereka di rumah masing-masing. Aku bukak cerita ni dngn mereka di dlm kereta . Mereka setuju dengan kata-kata sahabat sy tadi, kerana dari sejak kecil lagi mereka telah dididik dengan suasana bi'ah solehah yang telah diterapkan oleh IbuBapa mereka . Jadi, apabila sudah berbelas tahun duduk dalam biah solehah ni, teringin juga merasa budaya luar dan kawan luar seperti di universiti biasa dan smk etc . Kadang dalam diri remaja, kita ingin rasa 'bebas' ! 

Berbincang lagi, dalam masa yang sama . Dek kerana, ramai sudah matang dan sudah tahu beza baik buruk . Kami juga sebenarnya takut terikut atau terjebak dengan budaya luar tersebut . Oleh tu, dalam masa yg sama, risau juga jikalau x duduk dalam kawasan tarbiah kerana takut akan terikut perangai jahiliyyah . 

Lalu seseorang drpd kami terus meluahkan, sebenarnya banyak kali juga dia merasai begitu . Dia berkata, "Aku fikir banyak kali kalau aku tinggalkan tarbiyyah dan hidup bebas apa akan jadi pada aku ? Kadang ada juga rasa menyesal, alangkah bagusnya kalau aku tidak ikut tarbiyyah, x perlu nak tarbiah bagai, xyah mujahadah dari couple, kluarkan duit utk berprogram etc . X perlu kena kutuk, cakap belakang . Hidup bersendirian dan bebas mcm org lain . 

Tapi.. bila fikir balik, akhir sekali selepas aku hidup bebas bagai . Dalam satu sudut hati ni, mesti aku akan rasa kosong bila aku buat benda-benda sia-sia ni . Cth, aku pergi keluar dengan perempuan, couple, tngok movie bnyk2 . Mesti aku akan rasa 'kosong' dan menyesal sendirian . "Lagi bagus aku buat benda yg lagi bermanfaat dari ni drpd buat benda-benda sia-sia ni" 

Kemudian, bila aku dah menyesal. Mesti kita akan bertaubat utk mendapat ketenangan dan beramal ilmu agama yg telah dipelajari dulu . Episod sama yg akan berlaku, jikalau aku bebas dari jalan D&T dan hidup jahiliah kemudian bertaubat balik . Sama sahaja putarannya .

Ditambah lagi, apabila menyesal mesti aku akan rasa apakah tujuan aku hidup ? Buat benda-benda jahiliyah ni dpt capai ke tujuan aku hidup atau hanya utk puaskan diri shj ? 

Ya lah, hidup dlm Jalan D&T ni, hidup kita utk berjuang bukan setakat utk hidup diri sendiri sahaja tapi kita berjuang utk menegakkan agama Allah di muka bumi ini sehingga kita berjaya mendapat ustaziatul alam . Walau impian kita ni besar tapi impian besar dapat digapai jikalau kita mulakan langkah pertama" berkata akh tersebut . 

Ramai mengangguk setuju dan merasai sama seperti akh tersbut rasa . Nasihat tersebut betul-betul mengetuk jiwa ini . Betapa nikmatnya berukhuwwah dalam Jalan D&T ini kerana dpt berkongsi masalah yg dihadapi dan meluangkan masa dengan pertemuan kita yg sekejap ini dengan perkara-perkara yg bermanfaat . 

Konklusinya :- 

Jalan Dakwah dan Tarbiah ini sememangnya susah dan perit . Ditambah lagi keberhasilannya adalah lama kerana memerlukan jangka masa yg panjang . Jalan D&T ini ramai yg mengutuk, dikecam dngn masyarakat yg masih lagi tidak faham akan hakikat dakwah tersebut . Hakikatnya, jalan D&T ini sememangnya memerlukan jiwa yg kental, tabah dari segala ujian . 

Hidup bebas tanpa terikat dengan agama, tarbiah sememangnya seronok krn hanya ikut hawa nafsu . Siapa x seronok kan ? Tapi kita gaham bahawa hidup ini bukan utk kita seorang diri sahaja tapi kita memanfaatkan hidup ini utk berbakti kepada org lain . 

Kata Syed Qutb "jika hidup utk diri sendiri, jadilah hidupnya kecil dan matinya kecil . Jikalau hidupnya utk org lain, jadilah hidupnya besar dan matinya sbgai org yg besar". 

Syed Qutb ada berkata:

" Apabila kita hidup hanya untuk kita, hidupnya amatlah singkat. Bermula dari bermulanya kita dan berakhirnya kita dengan umur kita yang terbatas. Tetapi jika kita hidup kerana fikrah, sesungguhnya hidupnya panjang dan mendalam. Bermula daripada bermulanya manusia dan berakhir dengan luputnya manusia di bumi ini.

Jika kita rasa kita yang memulakan perjuangan ini, kita akan merasa sempit dada menghadapi kematian (kerana perjuangan belum mencapai matlamat). Ingatlah bukan kita yang memulakan dan bukan kita yang mengakhirinya. Ia dimulakan oleh para Nabi sehinggalah ke akhir zaman.

Kita adalah mata rantai dari satu perjuangan yang panjang." 



P/s : Sememangnya post ini bukanlah menandakan bahawa aku ini seorang yg akan thabat sehingga akhir hayat . Fikiran harini boleh jadi berlainan pada hari esok . Tulisan ini juga hanya sekadar seorang yang baru bermula dlm tarbiyyah ini dan ingin menempuh dalam Jalan D&T ini utk berbakti kepada agama, negara dan bangsa drpd kita hidup utk diri sendiri shj . Artikel ini adalah sekadar peringatan utk diri sendiri khususnya dan utk dikongsikan kpd org lain . Smoga bermanfaat . 

SHARE 0 comments

Add your comment

© Ukail Sanif · THEME BY WATDESIGNEXPRESS