Bergerak dari tengahari pada hari pertama puasa Ramadhan ke The Mines, (KTM Serdang) . Dengan semangat membara nak beli buku b.inggeris dengan tujuan untuk improve vocabularies english + kebanyakan buku-buku motivasi atau communication skill bnyk dlm b.inggeris . Jadi redah je lah ke Serdang, walau jauh dari Klang .
(Tatacara untuk pergi The Mines)
Apabila sudah smpai di KTM Serdang, naik crossover utk ke seberang jalan . Dari situ ada dua jalan untuk ke The Mines, samada menaiki bot (byr rm 4) atau berjalan kaki (kena lalu jalan raya) .
Untuk menjimatkan kos, xpelah . Jalan kaki skit je . Setelah 2-5 min jalan, rasa mcm dekat . Tapi dah berjalan lagi tapi masih x smpai-smpai sambil kena panas terik tengahari. Boleh tahan jauh jgk. Huhu . Tapi ok je bagi orang muda .
Big bad wold kali ini, bukanlah sebesar dan semeriah dahulu . Kalau dulu, satu hall besar dewan sebelah the mines penuh dengan buku . Tapi kini, hanya menggunakan 1/3 dewan sahaja . Diberitakan big bad wolf secara besar-besaran akan dibuka pada hujung tahun, jadi pilihan lagi banyak dan berbaloi . Boleh pergi time tu
Apa keistimewaan Big Bad Wolf ? Menariknya pesta buku ni ialah buku-buku yang berharga beratus-ratus boleh dibeli dengan harga rm 2-10 dan seumpanya . Menariknya lagi, kini mereka membuat sale dengan mengikut kiraan kotak . Ada kotak kecil dan kotak besar . Kotak kecil berharga rm 79.90 dan yang besar berharga rm 99.90 . Kita boleh ambil sebanyak mana buku-buku tu, besar/ kecil/ murah/ mahal asalkan muat dalam kotak tersebut dan flat (boleh tutup rapat)
Memang aku mengambil banyak buku yang menarik . Aku lebih gemar mengambil buku bergenre non fiction seperti motivation, communication skill dan financial freedom . Buku-buku agama dan B.Melayu memang sedikit . Buku Melayu kebanyakannya berbentuk cerita seperti novel etc .
Nak dijadikan cerita, sudah 2 jam cari buku di area situ . Ada seorang cina yang tiba-tiba tawarkan untuk membeli kotak besar yg berharga rm 100 dan kita bayar separuh harga . Aku setuju, dek kerana dia beli buku sedikit sahaja + aku sendiri sedikit sbb kebanyakan buku yang aku ambil bajet-bajet untuk size kotak kecil . Tambahan pula aku sendiri bajet beli buku skit .
Sudah pun beli kotak besar, tapi dalam kotak masih ada ruang lagi utk diisi (sbb beli kotak besar) . Aku tawarkan dia ambillah buku sikit utk penuhkan kotak, tapi dia menolak dan memberi laluan utk aku letak buku aku . Manakan tidak seronok, bila dapat offer begitu . Aku terus ambil buku-buku tambahan dengan cepat sbb aku ingin mengejar waktu berbuka (haritu adalah first ramadhan) .
Selepas dah ambil buku-buku tersebut dan penuhkan kotak tersebut . Kami (aku dan nicholas) bersembang sebentar sambil menuju jalan keluar, dalam masa aku nak cepat . Dia ingin jelajah pesta buku di area situ sambil mengajakku untuk menemannya tapi dek kerana buku-buku dia ada pada ku (buku-buku dalam kotak masih belum dibahagikan) aku berkata kepada dia, aku ingin kejar waktu berbuka puasa . Lagipun itu adalah first ramadhan, teringin nak berbuka dengan family di rumah . Dia akur dan dia beritahu bahawa kat luar dewan sebenarnya sedang hujan lebat ! Aku ketika itu memang terkejut hebat . Drpd KTM serdang ke The Mines tu dah lah jauh nak berjalan kaki . Kalau berjalan kembali ke KTM balik dalam kelebatan hujan tersebut tentu basah lenjun dan buku pun basah .
Tengah fikir bagaimana utk balik naik KTM, tiba-tiba dia tawarkan untuk tumpang kereta dia . Ketika itu, memang aku bersyukur habis . Alhamdulillah . Bila keluar dari dewan, memang ketika itu hujan turun dengan sangat lebat . Alhamdulillah, dapat juga tumpang kereta dia . Aku tanya dia, ok ke hantar aku ke KTM + tolong angkatkan kotak dan sebagainya . Dia kata dia ok je kerana dia rasa dia ingin tolong lagi-lagi orang berpuasa . Bersyukur habis apabila dapat berjumpa dia . Alhamdulillah, jimat duit uber + bajet duit buku :stuck_out_tongue_closed_eyes: . Apabila sudah sampai di KTM, aku terus berterima kasih dan mengambil swafoto bersama dia.
Nama dia Nicholas, merupakan seorang chinese . Dia adalah IT designer . Lahir dan dibesarkan di Sabah . Berhijrah ke semenanjung Malaysia kerana gaji IT di sana tidak setaraf dengan kos hidup sana berbanding di Semenanjung . Moga Nicholas diterima hidayah Allah memang dah susun aturan hidup dengan sangat bijak . Cuma samada kita ini cukup bijak untuk mencari hikmah dan redha dengan aturan-Nya . Syukur
Add your comment