USRAH SISWA (anjuran PEMBINA IPOH)
(Ust Syed Salahuddin, Pengerusi pembina ipoh)
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ (١٨٣
" Wahai orang-orang yg beriman, telah diwajibkan puasa kepada kamu sepertimana diwajibkan puasa pada kaum-kaum terdahulu agar kamu semua bertakwa"
( Al-Baqarah :183)
Ketika mana tinggal 7 hari lagi ingin berdepan dengan Ramadhan, kisah yg menarik yg boleh kita baca iaitu berkaitan dengan kisah Imam Hassan Al-Basri,
Satu hari ketika mana pada bulan puasa dan ketika itu pada musim panas .
Apabila hampir waktu berbuka puasa, seseorang menghidangkan air kepada Imam Hasan Al-Basri untuk berbuka puasa . Lalu, Hasan Al-Basri menangis sendiri . Ramai yang orang hairan dan pelik
Ketika mana beliau ditanya kenapa ? Hasan Al-Basri menjelaskan bahawa beliau teringat akan ayat Al-Quran yg sangat lembut dan mempunyai syu'ur tersendiri iaitu ayat :
{وَنَادَى أَصْحَابُ النَّارِ أَصْحَابَ الْجَنَّةِ أَنْ أَفِيضُوا عَلَيْنَا مِنَ الْمَاءِ أَوْ مِمَّا رَزَقَكُمُ اللَّهُ قَالُوا إِنَّ اللَّهَ حَرَّمَهُمَا عَلَى الْكَافِرِينَ (50)
(Al-a'raf ayat 50)
"Dan penghuni neraka menyeru penghuni surga, "Limpahkanlah kepada kami sedikit AIR atau makanan yang telah direzekikan Allah kepada kalian." Mereka (penghuni surga) menjawab, "Sesungguhnya Allah telah mengharamkan keduanya itu atas orang-orang kafir"
Apa yang menarik di sini, bagaimana ketakwaan Hasan Al-Basri sehingga beliau menangis apabila teringat akan ayat Al-Quran ini . Seolah beliau merupakan ahli neraka sepertimana digambarkan dalam ayat Al-Quran tersebut. Padahal beliau merupakan seorang yg alim dan dekat kepada Allah . Bagaimana pula dengan kita ?
Kisah ke-2 yg menarik kita boleh lihat,
Pada suatu hari, ada seseorang datang dan menanyakan berkenaan soalan yang begitu pelik kepada Imam Hasan Al-Basri . Orang itu bertanya, "apakah kamu mukmin ?" .
Walaupun soalan tersebut agak pelik, ialah bagaimana seseorang itu tidak tahu walhal Hasan Al-Basri merupakan seorang yang alim dan dekat kepada Allah. Tap Imam Hasan Al-Basri menjawab dengan penuh hormat tanpa menggelakkan beliau. Beliau menjawab bahawa IMAN terbahagi kepada DUA,
Pertama, klaulah iman itu beriman dengan rukun iman . Maka, aku sudah tentu beriman dengannya . Akan tetapi, yang kedua, kalaulah iman itu bermakna seperti dalam ayat Al-Quran ini,
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا وَعَلَى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ (2
Makna : "Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut Allah gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, bertambahlah iman mereka (karenanya) dan kepada Tuhanlah mereka bertawakal"
Jikalau inilah maknanya, maka aku takut aku tidak beriman" . Kata Imam Hasan Al-Basri .
Kita dapat lihat bagaimana Hasan Al-Basri mempunyai ketakwaan yang sangat tinggi kepada Allah . Beliau seolah terasa bahawa beliau merupakan ahli neraka, walhal, beliau merupakan seorang ulama' yang besar .
Kesimpulan :
- Apabila ramadhan semakin dekat ini, kita sepatutnya melihat dan merancang stratergi bagaimana ramadhan ini ingin kita jadikan agar kita mendapat ketakwaan pada bulan tersebut .
- Kita perlu merasakan bahawa RAMADHAN adalah HADIAH kepada orang beriman . Oleh itu, persediaan yang rapi perlu dilakukan bagi memperoleh ketakwaan dalam bulan ramadhan ini .
- Sesungguhnya, raya sebenar bagi orang mukmin ini ialah apabila kita berjaya mendapat ketakwaan dan mengekalkan ketakwaan tersebut hatta selepas ramadhan . Mudah-mudahan kita berjaya tergolong di kalangan orang-orang yang bertakwa.
P/s : sedutan tazkirah ringkas ini telah disampaikan oleh Ust Syed Salahuddin (pengerusi pembina ipoh) selepas solat jumaat .
Usrah ringkas ini akan diadakan 2 kali sebulan selepas solat jumaat anjuran Pembina Ipoh . Jemput hadir beramai-ramai bagi memeriahkan lagi majlis ilmu kita, insyaAllah .
#WartawanUmmah
Add your comment