BETULKAH KITA INI SAHABAT ?

by Haiqal sanif, May 06, 2017



Tulisan ini dibuat sejurus selepas bermain futsal di padang polo, ipoh yg berdekatan dengan sekolah . Sedikit biodta berkenaan padang polo, padang Polo (PP) merupakan padang yg berdekatan dengan tempat lumba kuda dan terletak di tengah bandaraya ipoh . Org ipoh, insyaAllah confirm tahu padang polo . Yg menarik, antara taman-taman awam pernah sy pergi . Padang polo sememangnya paling meriah dan sangat cantik kerana dikelilingi dengan bukit bukau banjaran hills yg sangat menarik . Serius . 

Balik kepada cerita, kami (satu batch STAM 2017) kerana satu fikrah bermain futsal di padang polo tersebut . Kami terus pergi bermain futsal bersama dan tiba-tiba hujan ! Tapi, lelaki dan bola berpisah tiada . Walau hujan semakin lebat, bola tetap bola . Kami bermain dengan seronok dan puas . Esoknya, ramai dikalangan kami terus demam 😂 

Sebelum itu pula, kami rancang pelbagai program seperti panjat bukit batu putih . Travel dan mendaki sebentar di puncak untuk diambil ibrah dan pengalaman yg berharga terutama ketika masih muda . 

Esoknya, Aku plan on the spot menziarahi kawan lama di maahad tahfiz dahulu yg berada di Seri Iskandar . Mereka layan tetamu dengan penuh kemuliaan dan di samping dapat juga meluangkan masa keluar bersama mereka . Best 


Semuanya indah belaka di sini dan penuh keriangan . Tapi ... apakah ini maksud sebenarnya sahabat ? Adakah sahabat hanya ada ketika senang sahaja ? 

Sepanjang perjalan tersebut, dalam keseronokan tersebut aku banyak berfikir seperti persoalan di atas . Sepanjang mengikuti jalan Dakwah dan Tarbiah ini, bagi aku sendiri . Takrif sahabat bukan begitu seperti di atas sahaja . Sahabat dlm jalan dakwah dan tarbiah ini, ialah yang sanggup bersusah payah dalam menyampaikan dakwah kpd org lain walau mereka x suka . Sahabat itu apabila dia menegur kelemahan kita, dan kita x berapa suka tapi kita tetap menerimanya dengan lapang hati .  Banyak lagi sedih bersama banding dengan kenangan kegembiraan bersama . Manis lagi jikalau sedih bersama kerana apabila kita sedih secara BERSAMA . Itu juga sudah cukup manis 

Mudah cerita, walau semua antara kita bergembira tapi bukan semua yg sanggup merasai kesusahan bersama. Di jalan Tarbiyah ini, kita membina kenangan (zikroyat) agar ia menjadi penguat sepanjang kami di kafilah Dakwah ini . Moga ada pahala sepanjang kami berukhuwwah dan tiada ukhuwwah lain yg lebih kuat melainkan ukhuwwah kerana iman dan atas dasar akidah ! 












SHARE 0 comments

Add your comment

© Ukail Sanif · THEME BY WATDESIGNEXPRESS