100517
Majlis anugerah cemerlang dun selat klang
Bergegas pulang ke klang dari ipoh . Bersiap utk terus ke majlis mlm esok harinya . Syukur atas segala nikmat.
Dulu ada guru pernah mengatakan, "saya tidak matang kerana memilih 'jalan D&T' ini" . Moga dengan ini, ia menjadi bukti kpd beliau dan mengharap keterbukaan hati drpd beliau .
Apakah takrif kejayaan ?
Terdengar celoteh seorang guru berkata ketika zaman sek men, " dulu fulan bin fulan tu satu skolah dngn cikgu, skrang dah jadi selebriti dah dia, dah berjaya dia sekarang"
Sebagai pelajar, dalam diam kita juga ingin membalas jasa guru dengan membuatkan mereka bangga dengan pencapaian kita .
Tapi apabila berfikir sejenak, apakah maksud kejayaan tersebut ? Berdasarkan statement di atas, aku merasakan bahawa seorang itu sudah berjaya apabila dia sudah menjadi terkenal dan masyhur di kalangan org ramai . Jadi aku berfikir kembali, apakah makna kejayaan ? (Pemikiran ni semasa aku di sekolah menengah dahulu)
Merenung hakikat kejayaan ia bergantung kpd pendapat individu masing-masing . Tidak semestinya kita perlu menjadi terkenal utk berjaya . Juga x semestinya gagal dlm periksa bermakna gagal dlm hidup . Tapi erti kejayaan itu luas lagi sebenarnya .
Ada juga org mengatakan, xpelah aku tidak perlu berjaya dlm dunia, asalkan aku berjaya di akhirat . Kenapa kita x berfikir begini ? Baik aku berjaya di dunia dan berjaya juga di akhirat . Berjaya dua-dua skali, jangan memilih salah satu shj .
ومنهم من يقول ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الأخرة حسنة وقنا عداب النار
Al-baqarah
Alangkah ruginya jikalau di akhirat nnti, apabila smpai di penghakiman Allah dengan membawa segunung amal tapi hanya menjadi sia-sia kerana niat hanya utk mendapatkan kemasyhuran dan selain Allah swt . Nauzubillahi min zalik
هباء منثورا
![]() |
Bersama rival dari sekolah lain. Biasa jumpa di perpustakaan, skrang jumpa di majlis anugerah |
Add your comment