Alkisah,

Dalam tempoh awal ketika baru belajar di Mesir .

Rutin biasa sebagai pelajar bangun pagi dan bergegas ke markaz lughah utk meneruskan pengajian bahasa arab di markaz international Arabic, Al-Quran Islamic di suq sayyarat bersama Ustaz AlFadhl

Seusai sampai di kelas, aku menarik nafas lega kerana sempat smpai juga di hadapan kelas tepat pada waktunya . Hairan, aku lihat di dalam kelas, masih belum nampak lagi kelibat Ust Fadhl di dalam kelas . Aku terus meminta tolong Ust Abdullah untuk memanggil Ust Fadhl yang berkemungkinan Ust Fadhl berada di dalam bilik guru .


Setelah dipanggil, Ustaz Fadhl masuk dalam kelas seperti biasa dan bersembang-sembang dahulu untuk menanyakan khabar dan berinteraksi bersama sy dalam b.arab bertujuan untuk memahirkan komunikasi sy dalam b.arab.

Sembang-sembang, ada ayat dalam b.arab yang aku ragu ingin sebut kepada Ustz Fadhl kerana 'takut' ayat tersebut adalah salah . Dalam keadaan ragu tersebut, Ustaz Fadhl perasan lalu terus menegur dengan lemah lembut dan berhikmah :

Beliau berkata : "لا تخاف من اللغة(jangan kamu takut kepada bahasa arab) "

Aku merespon,
"Saya mana ada takut dngn bahasa arab Ustaz" (reaksi spontan yang masih belum faham akan maksud Ust Fadhl)

Ust Fadhl teruskan lagi,

"Engkau ragu apabila ingin bercakap sesuatu dlm bahasa arab, itu yg membuatkan org Malaysia x pandai dlm bahasa arab . Klau salah, xpe. Ustaz boleh betulkan, xde masalah. Engkau cuma guna b.arab dngn qawaid (kaedah-kaedah) yg engkau tahu sahaja. Setiap permulaan bermula dngn kegagalan. Lagi satu, aku tngok bnyk org Malaysia duduk dngn org Malaysia shj, tidak mengambil peluang untul bergaul dan berkomunikasi dengan org arab walau belajar di negara arab. Jngn mcmtu ukail, saya harap kamu bukan begitu"

Sy begitu terkesan dengan nasihat beliau . Sememangnya, ramai akan pelajar Malaysia begitu . Sifat seperti takut akan buat salah, tidak tegas dan tidak berani dalam mempertahankan hak sendiri antara sifat orang Melayu perlu dibaiki . Sy percaya setiap manusia jikalau ada keinginan, pasti akan berjaya mendapatkannya . Untuk memahami b.arab dengan lebih baik dan cepat, tidak boleh tidak kita perlu memperbanyakkan bersembang, berkawan dan bertemu dengan org arab agar kita lebih mahir dalam berkomunikasi dalam b.arab .

Bagi sy ilmu yang dicurahkan oleh Ust Fadhl lebih drpd setakat pengetahuan dlm b.arab tapi sebenarnya ia lebih kepada hubungan jiwa antara mukmin yang bersaudara, menunjukkan qudwah dan berbicara dengan matang dan lantang serta tegas . Sifat yang utama diajarkan ialah sabar dalam segala hal .

Mindset perlu diperbetulkan : B. Arab menjadi susah jikalau kita fikir ia susah . Ia boleh jadi senang jikalau kita meletakkannya ia adalah senang . Selagi kita tidak keluar dari kepompong pemikiran yang negatif dan berusaha mengimplimentasikan pemikiran positif, selagi itu kita tidak akan berjaya . Mana mungkin org yg mindanya kalah dan negatif menghasilkan sesuatu yang positif. Memang b.arab ramai yg baru belajar ketika smpai di Mesir .


Hasil dari perbincangan tersebut, aku merenung diri aku kembali dan muhasabah untuk menguatkan diri dalam bergaul lagi dengan orang arab . Walaupun sebenarnya, ketika itu aku sangat bersemangat dalam bergaul orang arab (itupun lepas kena hadam nasihat btul2 dari ikhwah ISMA mesir). Manakan tidak, apabila hampir semua orang arab aku 'acah-acah' rapat dan seolah aku sperti kawan mereka . Haha . Memang begitulah yg diajar

Sebagai pelajar Malaysia yang menuntut ilmu di bumi kinanah ini, saya amat setuju dengan nasihat beliau . Saya juga mengaku bahawa banyak pelajar Malaysia malu-malu ataupun malas dalam berkomunikasi dengan orang arab . Sekadar berkongsi pandangan, seorang kawan saya pernah menyatakan kepada saya ketika mula-mula menjejak kaki ke Mesir bahawa "kalau engkau nak 'power' dalam bahasa arab dalam masa yang singkat, banyakkan bersembang dengan orang arab" . Alhamdulillah, bagi sy petua tersebut sememangnya tepat . Sy harap tips ini dpt diamalkan dan bermanfaat sepertimana sy juga peroleh manfaat darinya


gambar mmng mcm xde kena mengena dngn artikel . huhu . tapi sekadar gambar utk kenangan

SHARE 0 comments

Add your comment

© Ukail Sanif · THEME BY WATDESIGNEXPRESS