CARA-CARA UNTUK MENGHAFAL AL-QURAN

in , , by Haiqal sanif, April 28, 2017



Kaedah ni hanyalah secebis pengalaman penulis ketika mengkhatamkan Al-Quran di sekolah menengah dahulu . Mungkin dengan tips-tips ini dapat membantu para huffaz lain untuk menghafaz Al-Quran . 


Para remaja harus berterusan menghafaz Al-Quran bagi melahirkan generasi Al-Quran seperti dinukilkan dalam Tafsir Fi Zilal untuk memimpin umat pada masa hadapan . 

Sesungguhnya, menghafaz Al-Quran dapat menyebabkan seseorang itu dapat memberi syafaat kepada ahli keluarganya . 


Dari Abi Umamah ra. ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Bacalah olehmu al- Quran, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat kepada para pembacanya (penghafalnya).”(Riwayat Muslim)


Sesiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung dalamnya maka kedua dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari , sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah rumah kamu di dunia ini. (Riwayat Imam Ahmad , Abu Daud)

2. Orang yang paling terbaik ialah yang belajar dan mengajar Al-Quran . 

“Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al Qur’an dan yang mengajarkannya” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Alhamdulillah, saya berjaya menamatkan hafalan Al-Quran saya pada 3/10/2014 . Perasaan sebak bercampur gembira apabila melihat Ibu sendiri menangis kerana kegembiraan kerana anaknya dapat jua membanggakan anaknya dan berjaya khatamkan Al-Quran . Tidakkah kita ingin Mak kita gembira ? Mungkin ada saham yang boleh diberi sebagai di akhirat kelak . Amin . Moga hafalan Al-Quran ini tidak menjadi fitnah kpd diri ini di akhirat kelak . 

Sepanjang menghafal Al-Quran, saya cuba pelbagai teknik yang diberi oleh kawan saya sperti baca 40 x baru hafal, hafal ketika pagi sahaja dll . Antara kesimpulan yang saya dapat buat adalah kaedah-kaedah menghafal Al-Quran mengikut kesesuaian diri masing-masing . Setiap potensi manusia berbeza dengan manusia lain . Oleh itu, kita perlu berterusan mencari cara hafal yang paling sesuai untuk kita guna dan amalkan . 

Saya akan bagi tips-tips yang saya ambil dari huffaz-huffaz Al-Quran yg hebat dan bagi saya, sangat berguna untuk diamalkan oleh penghuffaz lain. 

1) niat yang betul dan jitu 
- Sebelum menghafal Al-Quran, niat dan keazaman sangat penting utk kita istiqamah menghafaz Al-Quran sehingga khatam . Jikalau kita betul-betul berazam dan niat untuk jadi Hafiz Al-Quran, maka kita tidak akan ada masalah untuk meluangkan masa cuti hujung minggu untuk menghafal Al-Quran, membuat jadual diri lebih teratur untuk men'curi' masa hafaz Al-Quran . Bangun pagi pkul 3, untuk menghafal Al-Quran . Jikalau niat betul, insyaAllah . Allah akan bantu ! 

2. Menggunakan satu Al-Quran dari mula hafaz sehingga khatam . 

- saya amat tidak menggalakkan untuk kita menggunakan al-Quran yang berbeza . Hal ini krana, kita tidak dapat gambaran ayat Al-Quran tersebut jikalau selalu diubah Al-Quran . Pilih Al-Quran resm Uthmani kerana ia lebih mudah dibaca berbanding resm lain . 

3. Menjaga adab 

- selalu berdoa sebelum hafal Al-Quran agar Al-Quran mudah masuk dan dilembutkan hati . Al-Quran juga apabila dipegang, jangan meletakkan Al-Quran separas dengan pusat kita atau ke bawah . Jangan juga meletakkan sesuatu seperti handphone di atas Al-Quran kerana Al-Quran adalah kalam Allah . Mana mungkin HP lebih mulia daripadanya . 

Kita terus kepada cara-cara yang lebih detail . 

4. Membaca satu muka 13 kali berulang sebelum menghafal 

 Untuk satu muka, seperti muka surat 2 . Sebelum hafal perlu dibaca dahulu satu muka tersebut paling kurang 13 kali . Tidak boleh kurang daripada itu. Sepanjang baca 13 kali itu, wajib kita memberi tumpuan sepenuh-penuhnya sehingga tidak menghiraukan keadaan sekeliling (sembang, main etc ) . Baca dengan penuh tajwid dan sehingga lancar . Step ini tidak akan menjadi jikalau kita tidak memberi tumpuan ketika membaca . Mulakan bacaan pertama dengan tartil atau lambat sehingga kita sudah fasih mengulang ayat Al-Quran tersebut . Klau 13 kali bacaan tersebut tidak cukup, boleh tambahkan bacaan itu sehingga kita betul-betul lancar . 

5. Hafal ayat Al-Quran satu persatu dan ulang sehingga satu muka . 

Apabila sudah lancar, hafal ayat pertama dari muka tersebut . Biasanya satu ayat boleh dapat dlm 30 saat, jikalau kita baca betul-betul dngn penuh tumpuan (ikut step mula tadi) . Apabila sudah dapat ayat pertama, hafal yang kedua . Apabila sudah dapat kedua, ulang kembali ayat yang pertama shingga kedua . Apabila sudah lancar ayat satu hingga dua, terus hafal ayat ketiga . Apabila sudah dapat ayat ketiga, ulang kembali dari ayat satu sehingga ayat ketiga yang baru kita hafal . Begitulah caranya sehingga kita dapat satu muka . Satu muka insyaAllah boleh dapat dalam 30 min jikalau dibuat penuh tumpuan . 

P/s : Permulaannya, memang kita akan lambat . Tapi apabila sudah diamalkan, kita akan lebih mudah hafal Al-Quran dengan kadar masa yg lebih singkat . 

Jamgan putus asa ! X semestinya kita hanya boleh hafal Al-Quran ketika di maahad tahfiz sahaja ! 

6. Tinggalkan maksiat ! 

Inilah tips yang bagi saya sngt mujarab, gunalah tips apa-apa pun . Jikalau kita tidak tinggalkan maksiat, x kemana kita . Kawan saya bagi tips kpd sy begini, "syeikh, tinggalkan maksiat, time aku ana hafal dulu, ana x tengok movie, tv etc . Ana akan cuba sedaya upaya untuk tidak tengok benda-benda tu" lebih kurang. Saya buat begitu, terus hafal lebih dari satu muka tu terasa lebih mudah . Al-Quran senang masuk . Oleh itu, kita cuba untuk berubah bersama-sama . 
SHARE 4 comments

Add your comment

© Ukail Sanif · THEME BY WATDESIGNEXPRESS