Qudwatuna Ikhwah Mesir

by Haiqal sanif, April 29, 2017
Throwback tulisan di Mesir 

Suatu ketika, aku terjaga dari tidur utk bangun bersahur, aku pergi ke bilik sebelah krn aku dengar bunyi bayi menangis. Aku lihat Abg Muadz Rais sedang menjaga anak saudara, maklumlah anak saudara dia baru lahir, abg dia baru melahirkan anak. Entah knapa Abg Muadz yg menjaganya pada waktu itu, pada waktu malam pulak tu, x tidur ke? Sy pergi ke Abg Muadz utk lihat bayi tu, Abg Muadz dia ingin perkenalkan aku kpd bayi tu. Miqdad (nama bayi tu), abg ni dah al-Hafiz. Nanti Miqdad jadi AlHafiz tau. Jadi mcm Abg ni tau. Aku tersentap dngn ayat2 tu lalu aku berfikir, bnyk persoalan yg masuk dlm fikiranku.  adakah aku cukup layak utk dijadikan contoh bagi org lain. Padahal aku tidaklah bagus sngt. Aku masih bnyk kekurangan lagi, jadikanlah org lain sbgai contoh utk dia. Tapi soalan2 tersebut, yg paling sy terasa ialah adakah impian dan cita2 aku sudah besar utk dijadikan inspirasi kpd org lain? Muhasabah untuk diri



STAM 2017

by Haiqal sanif, April 28, 2017


Sememangnya dalam meneruskan pembelajaran agama, stam antara sijil yg diperlukan untuk sambung ke timur tengah . 

Subjeknya terdiri dari 10 subjek dan kesemuanya dalam b.arab . Istimewanya di AIM, Akademi Ikatan Muslimin, Ipoh, Perak . Tempat saya ambil STAM ini pernah menyaksikan ramai pelajar yang berjaya dan juga kecundang . Ada pelajar yg dari sekolah menengah biasa/agama dapat mumtaz sofi (mcm straight A dlm spm) . Ada juga yg baru belajar skjap, sudah dpt Mumtaz etc dlm masa setahun dan ada juga yg memdapat pelajar terbaik STAM negeri Perak dan pernah masuk ranking pelajar terbaik STAM peringkat kebangsaan 

Moga-moga ada keberkatan dan saya harapkan doa dari sesiapa shj sudi agar doakan kami (satu batch) mendapat mumtaz Sofi . STAM agak mencabar tapi insyaAllah boleh score klau kita percaya dan usaha . 

Doakanlah kami dan moga kami berjaya meraih Mumtaz untuk Ummah 💪🏻




X kesian ke tngok muka keikhlasan dan kesungguhan kami ? 🙈Y

CARA-CARA UNTUK MENGHAFAL AL-QURAN

in , , by Haiqal sanif, April 28, 2017



Kaedah ni hanyalah secebis pengalaman penulis ketika mengkhatamkan Al-Quran di sekolah menengah dahulu . Mungkin dengan tips-tips ini dapat membantu para huffaz lain untuk menghafaz Al-Quran . 


Para remaja harus berterusan menghafaz Al-Quran bagi melahirkan generasi Al-Quran seperti dinukilkan dalam Tafsir Fi Zilal untuk memimpin umat pada masa hadapan . 

Sesungguhnya, menghafaz Al-Quran dapat menyebabkan seseorang itu dapat memberi syafaat kepada ahli keluarganya . 


Dari Abi Umamah ra. ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Bacalah olehmu al- Quran, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat kepada para pembacanya (penghafalnya).”(Riwayat Muslim)


Sesiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung dalamnya maka kedua dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari , sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah rumah kamu di dunia ini. (Riwayat Imam Ahmad , Abu Daud)

2. Orang yang paling terbaik ialah yang belajar dan mengajar Al-Quran . 

“Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al Qur’an dan yang mengajarkannya” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Alhamdulillah, saya berjaya menamatkan hafalan Al-Quran saya pada 3/10/2014 . Perasaan sebak bercampur gembira apabila melihat Ibu sendiri menangis kerana kegembiraan kerana anaknya dapat jua membanggakan anaknya dan berjaya khatamkan Al-Quran . Tidakkah kita ingin Mak kita gembira ? Mungkin ada saham yang boleh diberi sebagai di akhirat kelak . Amin . Moga hafalan Al-Quran ini tidak menjadi fitnah kpd diri ini di akhirat kelak . 

Sepanjang menghafal Al-Quran, saya cuba pelbagai teknik yang diberi oleh kawan saya sperti baca 40 x baru hafal, hafal ketika pagi sahaja dll . Antara kesimpulan yang saya dapat buat adalah kaedah-kaedah menghafal Al-Quran mengikut kesesuaian diri masing-masing . Setiap potensi manusia berbeza dengan manusia lain . Oleh itu, kita perlu berterusan mencari cara hafal yang paling sesuai untuk kita guna dan amalkan . 

Saya akan bagi tips-tips yang saya ambil dari huffaz-huffaz Al-Quran yg hebat dan bagi saya, sangat berguna untuk diamalkan oleh penghuffaz lain. 

1) niat yang betul dan jitu 
- Sebelum menghafal Al-Quran, niat dan keazaman sangat penting utk kita istiqamah menghafaz Al-Quran sehingga khatam . Jikalau kita betul-betul berazam dan niat untuk jadi Hafiz Al-Quran, maka kita tidak akan ada masalah untuk meluangkan masa cuti hujung minggu untuk menghafal Al-Quran, membuat jadual diri lebih teratur untuk men'curi' masa hafaz Al-Quran . Bangun pagi pkul 3, untuk menghafal Al-Quran . Jikalau niat betul, insyaAllah . Allah akan bantu ! 

2. Menggunakan satu Al-Quran dari mula hafaz sehingga khatam . 

- saya amat tidak menggalakkan untuk kita menggunakan al-Quran yang berbeza . Hal ini krana, kita tidak dapat gambaran ayat Al-Quran tersebut jikalau selalu diubah Al-Quran . Pilih Al-Quran resm Uthmani kerana ia lebih mudah dibaca berbanding resm lain . 

3. Menjaga adab 

- selalu berdoa sebelum hafal Al-Quran agar Al-Quran mudah masuk dan dilembutkan hati . Al-Quran juga apabila dipegang, jangan meletakkan Al-Quran separas dengan pusat kita atau ke bawah . Jangan juga meletakkan sesuatu seperti handphone di atas Al-Quran kerana Al-Quran adalah kalam Allah . Mana mungkin HP lebih mulia daripadanya . 

Kita terus kepada cara-cara yang lebih detail . 

4. Membaca satu muka 13 kali berulang sebelum menghafal 

 Untuk satu muka, seperti muka surat 2 . Sebelum hafal perlu dibaca dahulu satu muka tersebut paling kurang 13 kali . Tidak boleh kurang daripada itu. Sepanjang baca 13 kali itu, wajib kita memberi tumpuan sepenuh-penuhnya sehingga tidak menghiraukan keadaan sekeliling (sembang, main etc ) . Baca dengan penuh tajwid dan sehingga lancar . Step ini tidak akan menjadi jikalau kita tidak memberi tumpuan ketika membaca . Mulakan bacaan pertama dengan tartil atau lambat sehingga kita sudah fasih mengulang ayat Al-Quran tersebut . Klau 13 kali bacaan tersebut tidak cukup, boleh tambahkan bacaan itu sehingga kita betul-betul lancar . 

5. Hafal ayat Al-Quran satu persatu dan ulang sehingga satu muka . 

Apabila sudah lancar, hafal ayat pertama dari muka tersebut . Biasanya satu ayat boleh dapat dlm 30 saat, jikalau kita baca betul-betul dngn penuh tumpuan (ikut step mula tadi) . Apabila sudah dapat ayat pertama, hafal yang kedua . Apabila sudah dapat kedua, ulang kembali ayat yang pertama shingga kedua . Apabila sudah lancar ayat satu hingga dua, terus hafal ayat ketiga . Apabila sudah dapat ayat ketiga, ulang kembali dari ayat satu sehingga ayat ketiga yang baru kita hafal . Begitulah caranya sehingga kita dapat satu muka . Satu muka insyaAllah boleh dapat dalam 30 min jikalau dibuat penuh tumpuan . 

P/s : Permulaannya, memang kita akan lambat . Tapi apabila sudah diamalkan, kita akan lebih mudah hafal Al-Quran dengan kadar masa yg lebih singkat . 

Jamgan putus asa ! X semestinya kita hanya boleh hafal Al-Quran ketika di maahad tahfiz sahaja ! 

6. Tinggalkan maksiat ! 

Inilah tips yang bagi saya sngt mujarab, gunalah tips apa-apa pun . Jikalau kita tidak tinggalkan maksiat, x kemana kita . Kawan saya bagi tips kpd sy begini, "syeikh, tinggalkan maksiat, time aku ana hafal dulu, ana x tengok movie, tv etc . Ana akan cuba sedaya upaya untuk tidak tengok benda-benda tu" lebih kurang. Saya buat begitu, terus hafal lebih dari satu muka tu terasa lebih mudah . Al-Quran senang masuk . Oleh itu, kita cuba untuk berubah bersama-sama . 

Alkisah,

Dalam tempoh awal ketika baru belajar di Mesir .

Rutin biasa sebagai pelajar bangun pagi dan bergegas ke markaz lughah utk meneruskan pengajian bahasa arab di markaz international Arabic, Al-Quran Islamic di suq sayyarat bersama Ustaz AlFadhl

Seusai sampai di kelas, aku menarik nafas lega kerana sempat smpai juga di hadapan kelas tepat pada waktunya . Hairan, aku lihat di dalam kelas, masih belum nampak lagi kelibat Ust Fadhl di dalam kelas . Aku terus meminta tolong Ust Abdullah untuk memanggil Ust Fadhl yang berkemungkinan Ust Fadhl berada di dalam bilik guru .


Setelah dipanggil, Ustaz Fadhl masuk dalam kelas seperti biasa dan bersembang-sembang dahulu untuk menanyakan khabar dan berinteraksi bersama sy dalam b.arab bertujuan untuk memahirkan komunikasi sy dalam b.arab.

Sembang-sembang, ada ayat dalam b.arab yang aku ragu ingin sebut kepada Ustz Fadhl kerana 'takut' ayat tersebut adalah salah . Dalam keadaan ragu tersebut, Ustaz Fadhl perasan lalu terus menegur dengan lemah lembut dan berhikmah :

Beliau berkata : "لا تخاف من اللغة(jangan kamu takut kepada bahasa arab) "

Aku merespon,
"Saya mana ada takut dngn bahasa arab Ustaz" (reaksi spontan yang masih belum faham akan maksud Ust Fadhl)

Ust Fadhl teruskan lagi,

"Engkau ragu apabila ingin bercakap sesuatu dlm bahasa arab, itu yg membuatkan org Malaysia x pandai dlm bahasa arab . Klau salah, xpe. Ustaz boleh betulkan, xde masalah. Engkau cuma guna b.arab dngn qawaid (kaedah-kaedah) yg engkau tahu sahaja. Setiap permulaan bermula dngn kegagalan. Lagi satu, aku tngok bnyk org Malaysia duduk dngn org Malaysia shj, tidak mengambil peluang untul bergaul dan berkomunikasi dengan org arab walau belajar di negara arab. Jngn mcmtu ukail, saya harap kamu bukan begitu"

Sy begitu terkesan dengan nasihat beliau . Sememangnya, ramai akan pelajar Malaysia begitu . Sifat seperti takut akan buat salah, tidak tegas dan tidak berani dalam mempertahankan hak sendiri antara sifat orang Melayu perlu dibaiki . Sy percaya setiap manusia jikalau ada keinginan, pasti akan berjaya mendapatkannya . Untuk memahami b.arab dengan lebih baik dan cepat, tidak boleh tidak kita perlu memperbanyakkan bersembang, berkawan dan bertemu dengan org arab agar kita lebih mahir dalam berkomunikasi dalam b.arab .

Bagi sy ilmu yang dicurahkan oleh Ust Fadhl lebih drpd setakat pengetahuan dlm b.arab tapi sebenarnya ia lebih kepada hubungan jiwa antara mukmin yang bersaudara, menunjukkan qudwah dan berbicara dengan matang dan lantang serta tegas . Sifat yang utama diajarkan ialah sabar dalam segala hal .

Mindset perlu diperbetulkan : B. Arab menjadi susah jikalau kita fikir ia susah . Ia boleh jadi senang jikalau kita meletakkannya ia adalah senang . Selagi kita tidak keluar dari kepompong pemikiran yang negatif dan berusaha mengimplimentasikan pemikiran positif, selagi itu kita tidak akan berjaya . Mana mungkin org yg mindanya kalah dan negatif menghasilkan sesuatu yang positif. Memang b.arab ramai yg baru belajar ketika smpai di Mesir .


Hasil dari perbincangan tersebut, aku merenung diri aku kembali dan muhasabah untuk menguatkan diri dalam bergaul lagi dengan orang arab . Walaupun sebenarnya, ketika itu aku sangat bersemangat dalam bergaul orang arab (itupun lepas kena hadam nasihat btul2 dari ikhwah ISMA mesir). Manakan tidak, apabila hampir semua orang arab aku 'acah-acah' rapat dan seolah aku sperti kawan mereka . Haha . Memang begitulah yg diajar

Sebagai pelajar Malaysia yang menuntut ilmu di bumi kinanah ini, saya amat setuju dengan nasihat beliau . Saya juga mengaku bahawa banyak pelajar Malaysia malu-malu ataupun malas dalam berkomunikasi dengan orang arab . Sekadar berkongsi pandangan, seorang kawan saya pernah menyatakan kepada saya ketika mula-mula menjejak kaki ke Mesir bahawa "kalau engkau nak 'power' dalam bahasa arab dalam masa yang singkat, banyakkan bersembang dengan orang arab" . Alhamdulillah, bagi sy petua tersebut sememangnya tepat . Sy harap tips ini dpt diamalkan dan bermanfaat sepertimana sy juga peroleh manfaat darinya


gambar mmng mcm xde kena mengena dngn artikel . huhu . tapi sekadar gambar utk kenangan

© Ukail Sanif · THEME BY WATDESIGNEXPRESS