Al-Iman Al-Haq (Syeikh al-Jairisyah)
Kebenaran Iman .
Apakah maksud Iman ?
- Percaya
Al-hukama' = ما وقر في القلب وصدقه بالعمل
Ia menyatakan bahawasanya kebenaran yang ada di hati akan dibenarkan dengan amal .
= sesungguhnya tanda iman itu akan dibuktikan dengan amal seperti solat, Puasa Ramadhan etc .

Lisan : syahadah, satu kalimah yang hakiki bahawasanya Allah sahaja sebagai Tuhan semesta alam dan tiada Tuhan selainnya dan Rasulullah SAW sebagai pesuruh Allah yang terakhir . Barangsiapa yang tidak mengucapnya maka dia masih belum masuk Islam dan Beriman .
Hati : hati yang meyakini bahawa Allah shj Tuhan dengan kepercayaan yang benar .
Amal jawarih : semestinya keimanan ini dibuktikan lagi dengan amal yg dilakukan sendiri oleh anggota badan kita dan tiada yg lain .
Soalan : bagaimana pula org yg tidak melakukan solat walhal dia Islam ?
الأصل في القلب وفروعه على الجوارح
"Yang pentingnya di hati dan cabangnya ialah amal" .
Walaupun dia x solat tetapi dia tetap beriman tapi x dinafikan bahawasanya dia dikategorikan sebagai org Fasiq dan melakukan dosa yang sngt besar .
Adapun perlu ketahui ada dua golongan :-
1) Golongan Tafritt : bermudah-mudahan dengan agama .
Golongan ini selalu bermudah demgan agama .
2) golongan al-Ifratt : selalu melampau-lampau dalam agama .
Golongan ini melampau dalam agama seperti menambah-nambahkan rakaat dalam solat,
Hakikatnya agama ini ialah satu cara hidup yg lengkap dan syumul bkn semata-mata ibadah shj . Pengasingan kehidupan kita seharian dngn Islam itu juga merupakan salah satu bentuk sekularisme dalam kehidupan dan ia adalah terlarang dalam Islam .
Mengetahui hukum-hakam agama bukan untuk membenarkan perlakuan utk kepentingan peribadi shj . Tapi ia adalah utk melatih diri kita hidup dengan cara yang betul dan mengikut syariat .
Kesimpulannya : hakikat ini sepatutnya kita belajar bahawa pergantungan seharusnya total kepada Allah shj . Sebelum bercerita kpd manusia, bercerita dahulu kpd Allah . Apabila terima musibah dahulu, cerita kpd Allah dahulu kemudian manusia . Hakikatnya, org mukmin ini merasakan bahawa kehidupannya hanyalah ujian dari Allah dan merupakan mehnah antara dengan dia dan Allah . Begitulah pergantungan yg total kpd Allah . Dia dimaki dengan bos, menjadi mangsa ragut etc hnyalah merupakan manifestasi hubungan dia dengan Tuhan utk mengujinya utk menjadi lebih tabah .
لا يكلف الله نفسا إلا وسعها
"Sesungguhnya Allah tidak memberi ujian melainkan dia mampu"
Add your comment