Wida'

by Haiqal sanif, December 28, 2016

____________________________

Bismillah 
Setahun belajar di sini, mengimbau pelbagai kenangan . Suka duka, pahit manis dan sejujurnya pahit itu.. . Ada sebab Allah takdirkan kita bersama dan tidaklah Allah takdirkan sesuatu perkara sia-sia . 
Betulkan niat belajar ! 
Niat memainkan peranan yg penting utk membezakan amalan kita samada diterima atau ditolak . Apakah niat yg tinggi di sisi Allah ? Kita boleh lihat perbandingannya dengan cerita 2 orang lelaki, seorang lelaki hanya beljar utk lps exam shj, seorang lagi belajar kerana dia percaya umat memerlukan dia utk kembali berbakti kpd ummah . Dia percaya exam adalah salah satu manifestasi kesungguhan kita belajar selama ini dan ia hanya sekadar periksa bukan tujuan . Rasulullah sendiri ingt akan umatnya ketika akhir hayat Baginda . Ummati, ummati, ummati kata baginda . Nabi tidak fikir akan dirinya, walau sudah penghujung nyawa tapi dia tetap ingat akan umatnya bukan dirinya . Niatkan penat lelah kita kpd umat

Jangan lah bercouple, 
Hidup bersekolah bkn utk cinta shj . Ia bukan pada masanya . Ya, kadang kita tersuka . Itu biasa,  Tapi bagaimana kita reaksi drpd suka tu . Samada dngn cara halal (kahwin) atau haram (couple) . Percayalah, klau couple ni biasanya utk suka2 atau sbb nk ikut trend atau xnk dikata 'x laku' . Bukanlah org couple hnya sbb diatas shj, ada yg betul2 suka . Klau betul2 bersungguh, kahwin je lah 🙌🏻 . Itulah cara halal . 
Jngnlah kita nk couple sbb ikut trend, cthnya : kawan ramai couple, aq pun nk couple sbb aq xnk jadi org yg outdated atau x laku . Yakinlah, setiap org ada jodoh dia . Jngn pening sngt sngt cari jodoh muda2 ni .
Hidup ni bukan utk fikir tntng perempuan shj . Bnyk lagi yg kita kna fikir

Hakikatnya couple ini sifat dia x tetap, x menjamin dan dosa . Ia juga akan menyakiti dua2 belah pihak, hentikanlah . 
Berjagalah ketika post di alam maya ni, jngn smpai media sosial ni jadi tempat dosa .


Allah suka org yg bertaubat . 
Dia buat bnyk salah, kemudian bertaubat . Tapi oleh kerana kelemahan dia sebagai manusia lalu 'ter'buat dosa oleh kerana kelemahan dia . Tapi dia buat dosa bukan sengaja . Tapi dia tertewas dlm peperangan lawan hawa nafsu . Cth : dia jaga ikhtilat, tapi oleh kerana tertewas dngn nafsu dia tergelincir dlm ikhtilat . Kemudian dia insaf dan bertaubat kembali . Itu adalah normal, Kerana dia mencuba untuk jadi lebih baik

Hakikatnya, manusia adalah begitu . 
Allah suka org yg bertaubat, kerana dia tahu betapa lemahnya manusia . Dia tahu manusia bkn malaikat, kerana malaikat tidak ada nafsu . Dia tahu manusia itu lemah . Sbb tu Allah menyuruh hamba-Nya agar bertaubat dan suka kepada golongan yg selalu bertaubat . 
Kpd f4 dan f5, rileks je . 
Jngn putus asa, walaupun sudah akhir masa . Belajar je, mungkin saat2 akhir ni lagi berharga drpd saat awal . 
Walau org kata x guna blajar saat akhir, tapi rileks shj . Yg ambil slip paper bukan mereka tapi kamu . Yg tangguh risiko sedih etc bukan mereka tapi kamu drpd x lakukan apa2 
Walau kita belajar bersungguh-sungguh dan x dpt result yg kita impikan . Xpe kerana paling kurang ia menjadi saksi pengorbanan kita belajar menuntut ilmu 
Kepada anak adik-adik seusrah . Abg ingt anak2 buah abg . Moga berjaya dlm hidup yg mencabar ini dan carilah Tarbiah dan dakwah . Moga berjaya 😊 . Bila2 kita boleh kluar sama2 😉

Kepada f1,f2,f3,f4, jngn lupa tegur2 abg bila dah besar atau kat luar skolah😉 . Maaf klau ada tersalah bahasa mahupun perbuatan yg pernah abg lakukan 
Syukran Ustz Yazid, Ustz Sam, Ustz Bukhari, Ustzh Asmah, Ustzh Husna, Ustzh Izzati, Ustzh Suhartini, Ustzh Farihah, Ustzh Aeda dan Ustzh Sharimah . Maaf jika ada salah silap, samada dari segi perkataan dan perbuatan . Mohon keberkatan ilmu yg diajar 
Kami akan lakukan yg terbaik utk tidak menghampakan Ibu Ayah, Keluarga, sekolah, Guru2, Rakan2 dan yg menaruh kepercayaan kepada kami . 
لولا مربي كيف أعرف ربي 
Syukran Jiddan wa Ad'ukum bisihhatin wa Toyyibah . 
Doakan kami dpt genggam 10 A dlm spm dan berjaya dunia akhirat 
#UcapanTerakhir 
#LangkahBermula
#Misi10A
#SeteghetA
#Sabar #SPM2016
#MumtazUntukUmmah






Graduation day

SHARE 0 comments

Add your comment

© Ukail Sanif · THEME BY WATDESIGNEXPRESS