Dalam mencari ertikata keluarga, aku menyelami makna kalimah ‘keluarga’ itu sendiri dalam merungkai makna ataupun ma’ani yg sepatutnya kita tahu, rasa dan faham kalimah ini . well, al-kisah aku memang seorang yang suka berfikir perkara-perkara yang bagi org lain pelik begini . Tapi sebenarnya itulah aku, cehh. Klau mengikut dr. Khalif Muammar pun begitu suka mencari falsafah-falsafah yg bnyk idea tersebut dipengaruhi oleh Syed Naquib Al-attas . Abaikan, Maka kita teruskan perbincangan lagi, Keluarga diistilahkan oleh Kamus Pelajar edisi-2 ialah sedarah atau sekuturunan . Ia terdiri daripada Ayah, Ibu dan anak-anak. maka istilah keluarga yg ingin dibincang adalah makna ataupun ibrah yg boleh diambil daripada perkataan tersebut untuk kita .
Keluarga adalah satu institusi yang amat penting dan
signifikan sejak zaman tamadun awal manusia lagi. Direkodkan bahawa keluarga
pertama seperti yang termaktub dalam sejarah ialah Nabi Adam dan Hawa. Ia
disepakati oleh pelbagai agama seperti kristian dan yahudi bahawa Adam adalah
moyang pertama kita . Pembinaan rumah tangga itu juga amat penting seperti yang disebut dalam hadis rasulullah
SAW,
“Diriwayatkan
dari Abdullah bin Mas’ud katanya, Rasulullah SAW bersabda kepada kamu:
Wahai kumpulan anak-anak muda ! Barangsiapa di antara kamu yang mampu berkahwin
hendaklah berkahwin. Kerana sesungguhnya perkahwinan itu menutup
pandangan dan memelihara kemaluan. Tetapi barangsiapa yang tidak
mampu, maka hendaklah dia berpuasa sebab yang demikian itu akan menahan nafsunya.”
Dalam Al-Quran,
نَارًا وَاَهْلِيْكُم اَنْفُسَكُمْ قُوْااَمَنُوْا يَااَيُّهَاالَّذِيْنَ
“Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah
diri kamu dan ahli keluarga kamu dari neraka”
Cetusan idea ini tertimbul apabila terlihat seorang Ibu tua yang gigih menjual kerepek di hadapan sebuah bank di sekitar shah alam . Dalam mengharungi badai ekonomi yang kian teruk di Malaysia ini, Kadang warga emas tidak boleh tidak terpaksa mencari nafkah walau pada usia pencen dengan pelbagai sebab yang diantaranya tidak ingin menyusahkan anak, menyara keluarga dll . Aku teringat juga kpd seorang makcik bertugas setiap pagi menjaga laluan lintas di hadapan sekolah ketika aku ingin pergi ke sekolah setiap pagi di al-farabi . Yang menjadi isu adalah bahawa seorang makcik iaitu ‘perempuan’ menjaga laluan lintas yang sepatutnya kerja itu sesuai dengan pekerjaan seorang lelaki dan ditambah lagi bahawa makcik tersebut sepatutnya menginjak untuk bersara dan berehat di rumah dan mendalami agama di masjid atau surau berdekatan . hakikatnya ia adalah susah dan inilah yang berlaku di Malaysia kini . seolah terasa bahawa makcik atau warga emas tersebut berseorangan dalam meneruskan hidup dn mencari rezeki . Maka falsafah keluarga yang terlintas dlm benak fikiran bahawa keluarga mengajarkan kita untuk buat bersama . tanggung bersama dan harungi bersama . “We will do it together” . “one for all, all for one” (three mousekeeters) ;) . Dlam keluarga, terjalinnya kasih sayang dan pada kasih sayang akan ada pengorbanan . Kadang perjuangan IbuAyah itu banyak tidak disedari oleh anak-anaknya . tapi banyak pengorbanan yang tidak disedari itulah yang sifatnya murni untuk anak-anaknya Berjaya dan tidak merasai kesusahan seperti mana mereka sendiri lalui satu ketika dahulu . Perasaan syahdu apabila dengar dari Ibu dan berbisik bahawa “Adik dan akak lah segalanya yg Ibu ada di dunia ini” kadang mengusik jiwa dan terus memikirkan bagaimana ingin membalas jasa Ibu sementara di dunia dan tentunya di akhirat . Ayah pula mencari nafkah untuk seisi keluarga khususnya untuk anak-anaknya agar Berjaya dan tidak susah kemudian hari “. Perkataan yang selalu tersemat dalam fikiran ayah bahawa “Biar Ayah penat asal keluarga aku selesa dan selamat” selalu di fikiran Ayah sebagai ledakan motivasi untuk bekerja sehingga penat agar dapat bekerja dari awal pagi sehingga lewat malam untuk meyara keluarga . Yup, perkataan keluarga itu unik dan mempunyai maknanya ygn tersendiri . Yup, mengharungi masalah berseorangan sememangnya susah dan perit . kadang terasa dipinggirkan dan tidak ada org memahami adalah lumrah. Maka dalam keluarga itu sepatutnya masalah itu mudah dikongsi. Kalau masalah itu senang, Alhamdulillah tapi klau susah itu tidak mengapa kerana makna ‘keluarga’ itu seharusnya membuatkan masalah itu mudah dan perit atau senang akan menggerakkan kita bahawasanya kita akan laluinya bersama .

Add your comment