Alexandaria
Pengenalan : Alexandaria atau Iskandariah merupakan antara daerah atau Bandar yang amat terkenal di Mesir dan di rantau laut Mediterranean (di pekeliling eropah) . Ia dibina oleh Alexander the great iaitu dari kerajaan purba di Macedonia apabila Alexander menawan Mesir pada suatu ketika dahulu. yang telah melalui pelbagai fasa dan sudah menyaksikan jatuh bangun pelbagai tamadun dan sesebuah kerajaan dahulu kala. Unsur binaan di Mesir ada campuran senibina dari Romawi dahulu kala seperti bangunan-bangunan, theatre of rome etc . Kita juga akan dapat lihat senibina Islam melalui pembinaan Masjid, kubu dan sebagainya. Alexandaria ini boleh dikira sperti zaman klasik. Di sana juga ada kenderaan awam yang lama seperti kereta kuda, bot dan sebagainya. Di Iskandariah, mempunyai pelbagai tempat menarik dan bersejarah yang boleh kita lawati di sana . Pengalaman ini hanyalah sekadar pengalaman dan pengetahuan kecil penulis apabila melawat di Bandar Iskandariah ini .
Alhamdulilah, saya dapat pergi ke Alexandaria dalam lebih kurang 10 kali dan pandangan pertama saya ialah ia merupakan bandar yang sangat cantik dan mengagumkan . Saya pernah pergi ke Alexandaria melalui bas, kereta dan kereta api . Semestinya pengalaman pergi ke Alex melalui kereta api ada ‘feel’ skit hidup di Mesir dan menarik. Kereta api di Mesir pula untuk pergi ke daerah(muhafazah) lain ada beberapa ‘class’ . Antaranya kereta api ayam(istilah sendiri) dan yang lebih selesa skit iaitu kelas silver camtu . Travel di Mesir sebenarnya menyeronokkan kerana sudahlah kaya dengan pelbagai sejarah tamadun2 dunia terdahulu dan indah, malah ia sngt murah berbanding pergi melancong di Negara lain . kami menaiki kereta api ayam bersama group, dan dikenakan seorang sebanyak 6/7 junaih seingat sy untuk pergi ke Alexandaria . Klau di tukar pada rate Malaysia
iaitu dalam rm 3/4 shj ! Tapi almaklumlah, kereta api ‘ayam’ tidaklah diberi
nama dengan suka hati shj . Kereta api ayam ini boleh dikira mcm kereta api di
India yang sngt penuh. Oleh kerana ia murah berbanding kereta api yang lebih
selesa. Maka org Mesir slalu akan pilih kereta api ayam ini . Walaupun suasana
di kereta api ini sesak dan kurang selesa tapi ia sebenarnya memberikan
kenikmatan yang sangat mengasyikkan untuk merasai sendiri luar daripada
‘comfort zone’ di Malaysia dan merasai kesusahan rakyat Mesir di sana.
Sebenarnya, bila Tanya pelajar-pelajar yang belajar di luar Negara, ada
betulnya juga mreka kata bahawa semakin kita melancong atau duduk di luar
Negara, kita akan rasa lebih bersyukur duduk di Malaysia seperti dalam pepatah
Melayu ‘Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di
negeri sendiri” . Perasaan semakin cinta akan Negara akan semakin mekar dalam diri kita. Perjalanan tersebut memakan lebih kurang 6 jam
. Kalau kereta api itu penuh dan xde tempat duduk, maka berdirilah 6 jam
sepanjang perjalanan tersebut . Fuhh, nasib baik aq dapat tempat duduk . Apabila
smpai di sana, kita sudah rasa sendiri bayu angin pantai yg segar dari
Alexandaria . Kemudian kami menaiki kereta api yang di atas jalan raya yang
dipanggil ‘Tram’yang hanya mengenakan 1 junaih sahaja ! Murah kot . dengan 1 junaih kita boleh berhenti sehingga di akhir mahattoh tersebut. Tram pula merupakan kereta api yang ada ala-ala eropah skit, menarik ! Kami menaiki tram tersebut untuk pergi ke rumah kawan kami untuk bermalam disana
![]() |
Perpustakaan Alexandaria |
![]() |
Jalan raya di sekitar Iskandariah dan itu adalah jambatan yang dinamakan sebagai Stanley bridge . |
Kubu Qaitbay / citadel of qaitbay
Kubu Qaitbay ini dibina oleh Sultan Al-Ashraf Saifuddin
Al-Qutuz pada tahun 1477. Beliau merupakan antara Sultan yang hebat dan
merupakan salah satu Sultan rantaian Sultan ke[ada kerajaan Mamluk Mesir. Qubu
ini sudah dibina 500+ tahun tapi ia masih berdiri kukuh sehingga sekarang . ia
merupakan lawatan yang wajib bagi pelancong yang pergi ke Alexandaria . Untuk
pergi ke tempat ni, kita boleh menaiki ‘train.co’ iaitu van yang merupakan
kenderaan utama untuk pergi ke sana . Bayaran yang dikenakan hanyalah 2.50
junaih shj . Murah kan ? . Uniknya Alexandaria ni kotanya lebih tersusun
berbanding Bandar-bandar lain dan jalan rayanya dibuat sepanjang pantai
Mediterreanean . Pergh, bagi yang newbie . Memang excited, serius .( Everyone is
a newbie, so please understand ;) . Kita akan lihat panorama indah sepanjang
pantai tu . Sampai di kubu qaitbay tersebut, (hanya cadangan) dekat area situ ada
kedai ice cream Mesir home made yang sedap jugak untuk kita rasa . Harganya
dalam 5 junaih, tapi agak berbaloi juga untuk kita rasa ice cream, penjualnya pula agak ramah dengan pelanggannya. Perasaan kita agak berbeza dan ‘special’ sebenarnya apabila kita
dapat lihat dan merasai tempat-tempat bersejarah secara berdepan . bagi orang
biasa, dia hanya lihat kubu tersebut hanyalah sebuah bangunan biasa yang
dijadikan sebagai tarikan pelancong tanpa menghayati perasaan bersyukur dan
membayangkan kisah-kisah silam yang pernah dilalui khususnya di kubu qaitbay
ini. Kita boleh bayangkan dahulu kala, kubu ini dijadikan sebagai tempat
pertahanan umat Islam satu masa dahulu dari pertahanan musuh. Mesir ketika itu menjadi rebutan dunia, oleh kerana tempatnya yang stratergik dan mempunyai hasil tanaman yang banyak. Kedudukan kubu Qaitbay ini pula di hujung Alexandaria dan seolah kubu tersebut sedang tertegak di tengah laut untuk mengelakkan pelbagai serangan
musuh dari arah laut dan banyak lagi . Yes, dengan mengetahui sejarah barulah sejarah menjadi hidup . Sebelum
pergi/melancong tahu sejarahnya dahulu . Baru feel . Untuk masuk di kubu
tersebut, akan dikenakan bayaran . Jadi kami hanya duduk di luar kubur sahaja .
Kita akan lihat betapa stratergiknya kubu tersebut untuk bertahan dari
kapal-kapal musuh . Ditambah ketika itu kami pergi pada musim yang ingin masuk ke musim sejuk . Angin dia amat sejuk
dan menyegarkan . Kita akan terpegun dengan keindahan laut mediterrenean yang
sangat biru yang terbentang luas di hadapan kita . Ombaknya pula sangat kuat .
![]() |
Kubu Qaitbay |
![]() |
Dari dalam tempat kubu Qaitbay, kita akan dikenakan bayaran untuk memasuki kubu tersebut . |
The Lighthouse of Alexandaria
Disebalik keutuhan
Kubu tersebut, sebenarnya ramai yang tidak tahu bahawa bekas tapak kubu
tersebut, sebenarnya ia merupakan tapak asal “the lighthouse of Alexandaria” .
Ia merupakan rumah lampu zaman dahulu yang dibina sebelum masihi lagi iaitu 280
BC – 247 BC . Ia dikategorikan sebagai
antara “the 7 ancient of the world” . Menara lampu ini adalah binaan yang
paling tinggi di dunia dan bertahan kedudukannya sehingga beberapa kurun .
Tetapi oleh disebabkan beberapa gempa bumi pada tahun 800 masihi dan seterusnya
. ia mengakibatkan menara tersebut rosak dan runtuh . Saki baki daripada tapak
dan batu daripada menara tersebut dijadikan sebagai bahan binaan untuk membuat
kubu Qaitbay yang kita boleh lihat kini. Well, its sound antics and mysterious
. So you can check it for yourself to find an epic story about it .
Walaupun begitu, seorang arkeologi mengesan masih ada
beberapa serpihan daripada kesan menara tersebut di ‘dalam’ laut. Kerajaan
Mesir sebenarnya sedang merancang untuk membina muzium dalam laut yang pertama
di dunia. Di dalam laut tersebut juga, banyak lagi artifak zaman purba lain
yang boleh dijumpai di dalam laut tersebut. (laut yang dekat dengan persisiran pantai dan
yang mempunyai artifak . Bukannya di tengah laut) . Ertinya kita boleh selam dan merasai lihat pegang sendiri artifak-artifak purba dahulu kala. Tapi sayangnya muzium tersebut masih belum dibina .
http://www.earthables.com/first-underwater-museum-1440374720/
Well that’s about it, sebenarnya ada banyak lagi
tempat-tempat tarikan di sana seperti Perpustakaan Alexandaria yang dulu
merupakan antara one of the biggest ancient library in the world . Kemudian,
hasil penerokaan bawah tanah dan terjumpanya Colloseum di Mesir (selain di
Itali, Mesir juga mempunyai colloseum yang tersendiri dan pelbagai lagi seperti tempat pembelajaran ilmu ketika zaman Yunani dan rom etc ) dan
banyak lagi . Tapi oleh disebabkan SPM semakin dekat . Mungkin penulisan ini
akan ditangguhkan selepas SPM atau pada waktu kelapangan . Thanks for reading
and hope enjoy it . Doakan lah ye, SPM dah nk dekat . Skrang tgh trial spm. Mohon
doakan kejayaannya dalam SPM untuk menggenggam 10 A dalam tangan . ;)
Jikalau ada cadangan dan penambah baikan untuk memantapkan
atau mencantikkan blog ini dengan template-template yang menarik . Please let
me know . Thank you
![]() |
Memori penulis |
Add your comment